Resepi terbaik Ayam Percik Bulan Ramadhan | Anda mencari resepi ayam bakar sedap dan mudah? Mungkin resepi ayam percik ini akan memberikan anda satu hidangan yang menyelerakan di bulan ramadhan nanti. Eh! tiba-tiba je kali ni rasa nak upkan satu entri yang berbaur bulan ramadhan. Nampaknya, dah berbaki 90hari je lagi (8 April 2014). Rasa macam cepat je masa berlalu dan hampir dah untuk berpuasa. Untuk kali ni, saya akan kongsikan satu resepi popular bulan ramadhan iaitu ayam percik. Bila sebut je ayam percik bulan Ramadhan, mesti dah terbayang, ayam percik yang dicucuk buluh dan kuahnya meleleh. Kalau bab bau, jangan cakap lah. Memang bau menusuk hingga ke jantung. Resepi ni dipetik 100% daripada blog Dapur Malaysia. Kalau nak tahu sedap ke tak, tengok lah gambar di bawah. InsyaAllah, terus terasa nak buat ayam percik ni tanpa menunggu bulan Ramadhan. Kalau nak cari pada hari biasa, memang jarang sangat ada orang jual ayam percik ni.
Resepi Ayam Percik Bulan Ramadhan
Bahan-bahan (kuah percik)
4-5 orang
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
Cara-cara
- Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
- Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
- Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
- Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
ADS HERE !!!