Terima Undangan dari Nuffnang Untuk Blogbuster Campaigns Oral B Supernova 3 | Alhamdulillah, untuk pertama kalinya blog anirahazuri.com ni terima undangan untuk buat video pendek berdasarkan iklan yang diberikan oleh pihak Nuffnang iaitu Kempen Oral B Supernova 3. Rasanya Oral B Supernova 3 ni masih lagi baru nak dutanya adalah Lisa Surihani. Setelah dapat tawaran ni, terus sahaja mencari tentang n Oral B Supernova 3 ni. Kerana masih baru, iklan pun ada 2 buah je. Anda boleh je Google " Oral B Supernova 3 ". InsyaAllah akan jumpa iklan ni.
Berbalik pada tajuk artikel ni, saya sebenarnya tengah fikirkan idea dan cara yang paling kreatif nak hasilkan video pendek ni. Seboleh-bolehnya ada juga ruang untuk buat nama kat nuffnang ni. Syarat yang diletakkan oleh pihak Nuffnang pula, kena buat video sendiri berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Mungkin agak "susah" bagi saya yang pertama kali untuk berdepan dengan kamera.
Nuffnang Blogbuster Campaigns Lebih Lumayan
Berdasarkan "penyelidikan" ke atas beberapa blog yang sudah menerima tawaran untuk buat Nuffnang Blogbuster pada masa sebelum ini, rata-rata menunjukkan income yang mereka dapat adalah sangat lumayan. Ada yang dapat sampai ratus-ratus RM. Mengalahkan kempen BE dah nampaknya.
Nuffnang Blogbuster Campaign ni adalah untuk pengguna Nuffnang yang berstatus Glitterati sahaja dan setiap video yang berjaya diterima dan disiarkan oleh pihak Nuffnang akan menerima RM0.50 per review.
Cara Untuk Mendapatkan Tawaran Nuffnang Blogbuster Campaigns
Tiada syarat khusus yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang bagi mereka yang terpilih untuk membuat Blogbuster Campaigns ini. Tetapi satu kaedah adalah melalui Update Survey. Lakukan sekerap yang mungkin dan ia boleh membantu anda untuk dapatkannya.
Buka Update Survey, kemudian cari soalan di atas. Dan klik YES pada soalan tersebut. Ini bermakna, anda bersetuju untuk menerima tawaran expanding ads. Selain tu, mungkin boleh juga buat baik-baik dengan menghantar tiket pada Nuffnang.
Bila video yang bakal dibuat nanti dah siap, jangan lupa pula untuk melihat walaupun diri ni taklah secantik Lisa. Terima lah hakikat. Hehe
ADS HERE !!!