|
Google |
Di dalam SEO, penggunaan tajuk post memainkan peranan yang penting untuk menjadikan post anda berada di ranking pertama enjin carian. Penggunaan tajuk post yang betul dengan iringan SEO untuk blog, membolehkan artikel anda mudah dicari dan dalam masa yang singkat, mudah diindeks oleh Google. Amat rugi sekiranya blog anda telah mesra SEO tetapi tajuk post pula berada di belakang nama blog. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mengoptimasikan tajuk blog post supaya mesra SEO dan meningkatkan keputusan carian di dalam enjin carian.
Secara umumnya, blog yang belum SEO sepenuhnya akan mempunyai nama blog dihadapan tajuk post. Anda boleh rujuk pada gambar di bawah.
Untuk mengoptimasikan tajuk blog post, anda perlu tukarkan tajuk post berada di hadapan nama blog. Rujuk pada gambar di bawah.
Cara Mengoptimumkan Tajuk Blog Post
Sekarang, kita akan belajar untuk mengoptimasikan penggunaan tajuk post dihadapan nama blog. Ada baiknya kenapa disarankan untuk berbuat demikian. Kebanyakan pengguna akan mencari artikel dengan menggunakan tajuk post, bukanlah dengan nama blog. Jadi dengan menggunakan kaedah ini ia dapat meningkatkan lagi carian di enjin carian.
- Login ke akaun blogger blog , Template, Edit HTML.
- Klik control F, dan cari perkataan di bawah.
- Bila dah jumpa, ganti kod di bawah di atas kod gambar di atas.
Klik Preview. Sekiranya tiada error, klik Save, dan view blog anda.
Ceritakan pengalaman anda di bahagian komen selepas mengoptimumkan tajuk post. Adakah ia meningkat atau pun sebaliknya. :)
ADS HERE !!!