Belajar Tulis Artikel dari Blogger Mat Saleh | Sebelum ni, saya ada tulis bagaimana cara untuk menulis artikel dalam masa yang singkat. Hari ni saya akan menambah bagaimana cara untuk menulis artikel dari blogger mat saleh. Bila sebut mat saleh, jangan pula anda fikir dari blogger yang bernama Mohd Saleh ke ataupun yang ada kaitan dengan mereka yang bernama Saleh. Apa yang dimaksudkan di sini adalah blogger luar negara yang menggunakan blog bahasa Inggeris. Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu cara nak mencari idea untuk menulis artikel. Jadi, ini mungkin boleh membantu anda serba sedikit bagaimana cara mencari idea untuk menulis blog.
Bagi saya, blog Mat Saleh banyak memberi peluang kepada blogger tempatan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti. Kenapa ye? Blogger mat saleh banyak menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti dan sudah pasti menjadi carian orang ramai. Orang kita pula sibuk mencari idea untuk hasilkan artikel sedangkan Mat Saleh dah hasilkannya. Jadi, tidak salah rasanya untuk anda guna balik dalam bahasa sendiri untuk kegunaan pembaca tempatan sebab tak semua pembaca tempatan yang mempunyai masalah akan mencari solusi dalam bahasa Inggeris.
Secara peribadi, saya memang lebih berminat untuk membaca artikel dari mereka walaupun kadang-kadang terpaksa menggunakan bantuan Google Translate. Jika dilihat pada komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca juga sangat berkualiti disamping dapat membantu penulis untuk terus mengemaskini cara penulisan mereka. Pembaca yang meninggalkan komen banyak menyumbang idea serta cadangan yang bernas. Dah lah penulisnya bagi artikel free, dapat pula cadangan free. Tidak ke nampak berbaloi untuk anda buat rujukan untuk menulis artikel sendiri dalam bahasa Melayu? Gunakan kelebihan yang ada untuk kegunaan dalam penulisan anda.
Idea Menulis Artikel
Kebanyakan artikel yang saya hasilkan datangnya dari artikel Mat Saleh. Itu lah hakikatnya. Saya suka mencari artikel yang selalu pembaca cari berdasarkan keywords yang ada di Google, kemudian terjemahkan sendiri ke dalam bahasa Melayu melalui cara penulisan yang tersendiri. Kalau nak copy paste 100%, saya yakin dan pasti bahasa artikel anda mungkin lintang pukang. Sebab Google Translate tidak akan terjemahkan 100% mengikut lenggok bahasa kehendak anda. Jadi, nak taknak, kena baca artikel Mat Saleh bagi habis, fahamkan cerita di sebalik artikel itu, kemudian, oleh ayat dalam cara anda yang tersendiri. Mudah sahaja kan?
Cara yang dipraktikkan oleh saya mungkin telah dilakukan oleh mana-mana blogger, tapi untuk yang tidak mengetahuinya lagi, elok lah gunakan cara ini untuk mendapatkan idea dalam penulisan blog. Melalui cara ini juga, blog anda tidak akan terus bersawang sampai berbulan-bulan lamanya. Ini juga dapat mengekalkan pembaca untuk terus mengikut perkembangan blog anda. :)
ADS HERE !!!