Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.
Kalau dulu, orang ramai sibuk mencari resipi Crepe. Sekarang terlihat pula fenomena membuat pavlova. Pavlova?
Mungkin ramai yang tak tahu apa itu pavalova. Mari saya tunjukkan gambarnya.
Haa! Ni lah Pavlova. Desert yang di cari-cari orang sekarang. Fully hiasan dengan buah-buahan seperti strawberry, anggur, kiwi, nanas, berry. Bestnya! Tengok saje tak kenyang tau! Dah jom tengok cara nak buat pulak ye.
Bahan-bahan Buat Pavlova
Bahan-bahan asas :
- 4 biji putih telur ayam
- 3/4 cawan gula castor
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan topping :
- Secawan @ 250 ml whipping cream
- hiasan : ikut suka anda ( strawberry/anggur/dll )
Cara-Cara Membuat Pavlova
- Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius. guna api bawah
- Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. saya guna suhu 110 darjah celsius
- Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
- Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
- Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
- Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
- Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
- Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
- Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
- Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
- Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
- Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
- Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
- toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda.
Sumber : My Resipi
ADS HERE !!!