Cara Menulis artikel dalam masa yang singkat dengan penggunaan rangka | Pernah atau tidak, anda buntu untuk menulis artikel? Idea ada tapi olahan ayat tidak keluar ke jari-jari manis anda di atas keyboard? Apa yang anda buat, hanya pandang pada skrin kosong di depan anda.
|
From Google |
Penyelesaiannya, anda menggunakan "Google". Masalah ini sering dipanggil sebagai "writer's block". Punca utama mengalami writer block adalah kerana anda tidak mempunyai sebuah sistem perancangan untuk memulakan aktiviti menulis.
Jika anda ingat balik pada zaman persekolahan dahulu, cikgu sering berkata, sebelum nak buat karangan, keluarkan dahulu isi-isi penting ke dalam outline/rangka. Rangka kebiasaanya mempunyai tiga bahagian penting iaitu pendahuluan, isi serta penutup. Dengan penggunaan rangka ini, anda mungkin boleh keluar daripada masalah writer block dan mungkin anda boleh menyiapkan penulisan anda dalam masa yang singkat.
Penggunaan rangka penulisan yang tepat boleh membantu anda untuk mengurangkan masa, tekanan semasa menulis serta kebimbangan terhadap blog yang lama terbiar tanpa kemas kini. Tambahan, rangka juga boleh mambantu anda untuk terus mengolah penulisan berdasarkan tajuk yang telah anda pilih.
Cara Membuat Rangka Penulisan
- Pilih tajuk.
Memilih tajuk kadang-kadang merupakan masalah terbesar seorang penulis blog. Untuk memastikan tajuk yang anda pilih adalah berkualiti dan berfaedah, keluarkan semua idea-idea tajuk yang terlintas di fikiran anda. Dan apa yang penting, catatkan segala idea-idea itu. Kemudian, susun tajuk mengikut keutamaan. Sekiranya anda masih buntu dan tidak tahu tajuk apa yang hendak ditulis, gunakan sahaja "Google". Cari tajuk yang menjadi perbualan orang ramai dan keperluan semas pembaca.
- Membuat headline kepada tajuk utama.
Tekankan tajuk utama anda. Anda boleh gunakan cara mengeluarkan persoalan mengenai tajuk utama anda. Contohnya anda memilih tajuk " Cara memasak rendang daging". Di dalam headline anda, anda tekankan kepada persoalan orang ramai mengenai "Tidak tahu cara untuk memasak rendang daging?", "Susah ke nak masak rendang daging?". Anda juga boleh menggunakan cara dengan membuat penerangan ringkas mengenai tajuk utama anda.
- Keluarkan idea-idea serta point-point yang terlintas di fikiran anda.
Tuliskan semua idea-idea, konsep serta pemahaman ke dalam buku nota, notepad, atau cebisan kertas kosong. Sekiranya anda mempunyai banyak idea, susun idea tersebut mengikut kepentingan dan bahagian masing-masing. Kemudian, huraikan pula point yang telah ditulis tadi kepada cabang-cabang kecil supaya memudahkan anda untuk mengarang ayat. Saya yakin, anda boleh melakukan lebih dari 10 point yang terbaik sekiranya anda praktikkan cara ini.
- Tulis pendahuluan.
Pendahuluan merupakan kepala kepada segala cerita. Pembukaan kata yang menarik dapat menarik perhatian pembaca untuk terus membaca artikel anda. Tulis permulaan berdasarkan apa yang pembaca mahu. Apa yang pembaca fikirkan. Fahami keperluan serta kehendak diri seorang pembaca. Tambahan, anda juga perlu bermain dengan sedikit sentuhan rasa dan emosi dengan mengambil berat tentang permasalahan pembaca. Pengenalan tidak perlu panjang cukuplah sekadar senario pembaca serta senarai penyelesaian.
- Tulis isi penting.
Pilih beberapa isi penting yang terbaik yang anda rasa mampu untuk membantu pembaca. Isi yang dibuat tidaklah perlu terlalu panjang tetapi padat dengan maklumat. Pastikan segala maklumat yang bakal dimasukkan adalah benar dan anda juga telah telah melakukan penyelidikan awal.
- Tulis penutup.
Simpulkan point utama anda ke dalam satu ayat yang padat dan beritahu pembaca apa yang perlu mereka lakukan. Mungkin anda boleh tulis beberapa nota penting yang perlu diingati oleh pembaca atau anda gunakan ayat harapan supaya pembaca akan menerima manfaat daripada artikel anda.
- Edit, semak dan betulkan kesalahan ayat.
Ini adalah bahagian paling penting selepas anda mengarang karangan. Semak dengan teliti setiap ayat yang ditulis. Baca dan dengar setiap butir ayat yang dilafazkan : adakah ianya sesuai dengan keadaan? Pastikan anda telah memasukkan tips terpenting untuk pembaca anda. Jangan lupa juga untuk memeriksa tatabahasa, ejaan, dan penggunaan tanda baca yang sesuai. Sebagai penulis, anda perlu terima hakikat bahawa, anda tidak sempurna. Tetapi boleh jadi 99.99% sempurna sekiranya anda merupakan salah seorang yang sanggup mengambil masa yang lama untuk melakukan edit serta semakan artikel.
- Klik Publish.
Sebelum anda klik Publish, pastikan anda preview artikel dahulu. Ini adalah cara untuk memastikan pengformatan teks dan gambar dapat berfungsi dengan baik.
Dengan rangka yang telah saya senaraikan di atas, mungkin masih belum cukup untuk menghasilkan artikel yang benar-benar sempurna. Mungkin ada di antara penulis lain, ada caranya yang tersendiri dalam penyampaian maklumat secara tepat dan berguna. Ia juga mungkin nampak terlalu asas tetapi jika anda luangkan sedikit masa dan lakukan sedikit kajian dengan rangka di atas, ia mungkin akan berakhir dengan sebuah artikel yang baik dan anda juga mungkin boleh dilabelkan sebagai blog mesra pengguna. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)
ADS HERE !!!