Home »
Tips Perniagaan
»
Apa itu H12 Media, Cara Daftar H12 Media dan Buat Duit Dengan H12 Media
Apa itu H12 Media, Cara Daftar H12 Media dan Buat Duit Dengan H12 Media
Apa itu H12 Media, Cara Daftar H12 Media dan Buat Duit Dengan H12 Media Advertising | Sekiranya anda seorang penulis blog secara konsisten serta mendapat ramai pelawat setiap hari, mungkin anda boleh menggunakan kesempatan itu dengan meletakkan iklan daripada H12 Media Advertising. Dalam artikel kali ini, AA akan kongsikan kepada anda semua tentang H12 Media Advertising yang kini agak popular di dalam artikel terbaru para blogger Malaysia.
Tentang H12 Media Advertising
H12 Media Advertising adalah sebuah syarikat pengiklanan yang menyediakan peluang menjana pendapatan yang besar kepada barisan blogger seluruh dunia. H12 Media Advertising juga merupakan syarikat yang sebaris dengan syarikat pengiklanan yang lain seperti Nuffnang,Advertlets,Komly dan lain-lain.
Cara Daftar H12 Media
1. Klik pada link pendaftaran atau banner di atas --> PENDAFTARAN
2. Isikan butir peribadi dengan lengkap dengan emel yang valid.
3. Buka emel pengesahan yang dihantar ke emel yang anda daftarkan.
4. Login web H12 Media
5. Pilih button Web Sites untuk pendaftaran web/blog anda.
6. Klik "Add New Website " , pastekan nama/domain blog anda dala ruangan URL.
7. Pilih "Add a meta tag into your website ", dan copy meta tag yang diberikan kedalam coding HTML blog anda selepas code <head> .
Cara paste meta tag : Login Blog > Template > Edit HTML > Cari perkataan <head>.
8. Tick button I accept the rule ......... dan klik Verify & Add to my acount .
9. Tunggu emel pengesahan dari pihak H12 Media dalam masa 24jam. Tapi AA daftar 2hari lepas, tak sampai pun. Dalam beberapa jam je. Gambar dibawah menunjukkan website telah approve.
10. Selepas di approve, masukkan banner ke dalam blog. Klik pada "Banner Tags " dan pilih jenis banner yang sesuai.
Buat Duit Dengan H12 Media Advertising
Menjana duit melalui H12 Media Advertising bukanlah sesusah syarikat pengiklanan yang lain. Malah anda tidak perlu menunggu dan menjadi pengemis syarikat pengiklanan yang kedekut. Anda tidak perlu menunggu "klik" daripada pembaca/pelawat yang review artikel anda. Kehadiran pembaca/pelawat sahaja sudah memadai untuk mendapat duit melalui H12 Media. Senang kan?
Bagaimanapun, kadar trafik yang tinggi sesebuah blog boleh memberikan kelebihan yang besar untuk meningkatkan kadar CPM. Mungkin ada yang akan tertanya apa itu CPM? CPM adalah cost per thousand, yang berdasarkan nilai impression atau melihat iklan di blog. Inilah yang AA maksudkan anda tidak perlu "klik" dari pengunjung. Kedudukan iklan board yang bersesuaian mungkin akan membawa peningkatan kadar CPM anda.
Baru semalam letak iklan di blog ini, alhamdulillah, dah nampak sikit imbuhan. Dah cukup sebulan ke, AA akan update amount. InsyaAllah.
Daftar H12 Media ---> PENDAFTARAN
ADS HERE !!!
↑
CB