Home »
Tips Blogspot
»
Cara Untuk Meningkatkan Nilai Impression Iklan Dan Trafik Blog
Cara Untuk Meningkatkan Nilai Impression Iklan Dan Trafik Blog
Cara Untuk Meningkatkan Nilai Impression Iklan Dan Trafik Blog | Nilai Impression adalah nilai pages yang di lihat oleh pengunjung ke dalam blog anda. Nilai impression yang tinggi sesebuah blog menunjukkan bahawa blog anda memang mempunyai entri yang berkualiti tinggi serta menjadi carian orang ramai. Untuk pengetahuan anda, nilai impression adalah sangat penting terutamanya dalam pengiklanan seperti Iklan H12 Media Advertising . Untuk mendapatkan nilai impression yang tinggi, anda perlulah sentiasa peka terhadap cara penyampaian entri yang boleh menarik perhatian pengunjung untuk terus membaca entri anda. Nak buat entri yang menarik? Baca tutorial ini :
Di sini, AA akan berikan beberapa cara untuk meningkatkan nilai impression iklan dan trafik blog anda :
1. Entri Menarik
Entri yang menarik pasti dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca entri anda. Andaikata pada hari ini ramai blogger bercakap tentang iklan H12 Media, apa kata, anda update sebuah entri untuk menghangatkan lagi keadaan tentang iklan H12 Media. Pasti ramai yang akan search tentang ini di Google. Kemungkinan besar, mereka akan jumpa entri anda. Dan kemungkinan juga, entri anda berada di page pertama google!
Nak buat entri yang menarik? Baca tutorial ini :
2. Navigation Menu
Buat navigation menu di dalam blog. Navigation menu dapat memudahkan pengunjung blog anda menuju ke entri atau post yang dikehendaki. Cara yang terbaik untuk membuat navigation menu adalah dengan meletakkan tajuk entri yang berkaitan dengan entri yang sedang dibaca oleh pengunjung. Ini juga dapat meningkatkan nilai impression blog anda secara tidak langsung.
3. Senarai entri popular
Letakkan widget atau bina sendiri tajuk entri popular di bahagian gadget blog anda. Pengunjung tidak mungkin akan baca hanya satu entri sahaja apabila masuk ke blog anda. Perhatian pengunjung mungkin akan terganggu apabila mereka ternampak tajuk popular. Fungsi senarai entri popular juga dapat meningkatkan lagi paparan entri yang ada di dalam blog anda.
Nak tahu lebih lanjut kelebihan senarai entri popular, baca entri ini : Tips Menjadi Blog Mesra Pengguna dan Pembaca .
4. Read More
Kaedah lain yang boleh meningkatkan nilai impression blog anda adalah dengan merumuskan/meringkaskan entri anda pada laman utama blog. Cara ini menyebabkan pengunjung blog anda terpaksa menekan tajuk entri atau read more untuk membaca artikel penuh.
5. Search Box
Penggunaan search box adalah satu teknik untuk memudahkan pengunjung mencari entri yang dikehendaki dengan lebih cepat. Kebanyakkan blogger tidak menghiraukan tentang fungsi serta kelebihan search box ini. Kebanyakan pengunjung mungkin mencari entri yang lebih spesifik atau yang berkaitan dengan carian mereka. Mereka mungkin akan meninggalkan blog anda apabila tidak berjumpa dengan apa yang mereka cari. Untuk yang terbaik, letakkan search box di blog anda.
6. Anchor text
Menggunakan anchor text dalam entri anda adalah cara yang bijak untuk membuatkan pengunjung terus menerus berada di dalam blog anda. Anchor text adalah link entri yang berkaitan dengan entri yang tengah dibaca oleh pengunjung. Apabila meletakkan link entri lain di dalam entri yang sedia ada, jangan biasakan diri dengan meletakkan "Lihat Disini " "Klik Sini " "Klik Sana " "Klik Untuk Melihat Lagi ". AA pernah update tentang cara untuk menggunakan anchor text secara berkesan : Teknik SEO- Apa itu anchor text? Cara menggunakan anchor text secara berkesan .
7. Random Post Widget
Kegunaan Random Post Widget boleh membantu anda yang mempunyai loading blog yang lambat. Apabila loading blog lambat, pengunjung mungkin akan menjadi bosan untuk meruskan pembacaan kerana terpaksa menunggu. Cara yang berkesan adalah gunakan random post widget untuk mempercepatkan carian dan pembacaan.
8. Iklan CPM
Iklan CPM adalah iklan yang dikira berdasarkan nilai impression. Dengan menggunakan iklan CPM, anda boleh meningkatkan nilai CPM iklan anda secara tidak langsung dan menarik perhatian ramai pengunjung ke blog anda. Maksimakan penggunaan iklan CPM seperti yang disarankan oleh syarikat pengiklanan supaya anda mendapat lebih ganjaran. Nak dapatkan duit melalui iklan CPM, baca entri ini : Apa Itu H12 Media? Cara Daftar H12 Media Dan Buat Duit Dengan H12 Media .
Diharap dengan 8 cara yang AA senaraikan di atas ini, anda dapat meningkatkan nilai impression iklan dan trafik blog anda setiap hari.
ADS HERE !!!
↑
CB