Pengalaman Saya Bersama JomNiaga @ Ashadee dan MarketPlace
Pengalaman Saya Bersama JomNiaga @ Ashadee | Perkongsian saya pada kali ini mungkin agak ringkas dan berkisar tentang pengalaman diri bersama sebuah laman niaga iaitu JomNiaga @ Ashadee. Untuk pengetahuan anda, Ashadee merupakan satu tempat untuk memasarkan produk usahawan. Ia juga merupakan tempat untuk orang ramai yang ingin membuat duit melalui Affiliate. Tidak tahu apa itu Affiliate? Boleh rujuk pada entri: Apa itu Affiliate? Program Tanpa Modal .
Saya mula terlibat dengan Ashadee pada bulan 3 tahun 2013. Mungkin agak baru dalam dunia perniagaan internet. Alhamdulillah, secara keseluruhan hingga akhir tahun 2013, saya berjaya mengumpul sebanyak RM438 secara tidak konsisten dan perhatian penuh. Pendapatan yang diperolehi juga disumbang melalui iklan yang diletakkan di dalam blog ini. Jadi, siapa kata memiliki blog tidak boleh menjana pendapatan kan?
Pada tarikh 1 Januari 2014, saya telah mengeluarkan hasil pendapatan daripada Ashadee. :)
Terima kasih Ashadee.
Itu adalah salah satu kejayaan yang saya telah peroleh di dalam dunia internet.
Ashadee bukanlah satu-satunya tempat atau lubuk untuk anda mencari rezeki semata-mata. Banyak lagi tempat yang anda tidak tahu yang mungkin dapat anda peroleh hingga 4 angka.
Keseluruhan duit yang pernah saya dapat dari internet mungkin telah mencecah 4 angka.
1. Ashadee - RM438
2. Murahnya - RM300
3. Says.com - RM250
4. iPanelonline - RM50
5. Lain-lain - Tak dikira
Rezeki Allah untuk menampung hidup sebagai seorang pelajar. :) Mungkin lepas ni boleh try Job di Rumah pula. Siapa yang ada pengalaman, mungkin boleh kongsi dengan saya.
ADS HERE !!!
↑
CB