Ada yang tanya AA, belajar SEO tu boleh jadi blogger yang berjaya ke? Jawab AA,
Berjaya ke tak, itu atas usaha masing-masing. Kalau belajar teknik SEO yang betul, tambah dengan apply dalam blog, insyaAllah akan membuahkan hasil. Tapi kalau baca sahaja tanpa ada apa-apa tindakan, takkan boleh berjaya lah.
Entri yang sebelum ni, AA dah terangkan beberapa tips untuk SEO. Kali ni AA akan listkan beberapa tips SEO terbaik 2013 melalui pengkajian AA sendiri.
1. Isi Kandungan Yang Berkualiti
Untuk membuat sesuatu artikel / penulisan yang baik bukanlah satu kerja yang mudah. Kita memerlukan satu penilaian strategi isi kandungan. Bayangkan kita merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan beberapa produk yang berlainan jenis, stail dan jenis. Setiap produk yang dikeluarkan sudah semstinya untuk kegunaan pelbagai pihak. Jadi, bagaimana cara untuk kita promot produk melalui penulisan yang boleh menarik minat pembeli untuk membeli produk itu? Di sini ada beberapa tips untuk membuat isi kandungan entri yang berkualiti yang boleh di gunakan :
- Isi kandungan artikel tidak terlalu panjang atau pendek
- Bahagikan kepada beberapa perenggan
- Isi kandungan yang natural
- Gunakan H tags untuk artikel yang lebih bagus
- Gunakan BOLD text untuk menekankan sesuatu isi yang penting
- Letak Internal Links
- Jangan duplicate isi
- Linkkan pada laman luaran yang relevan dengan entri
2. Bina Backlink Yang Berkualiti
Terdapat beberapa cara untuk bina backlink yang berkualiti. Cara yang biasa yang digunakan untuk membina backlink adalah melalui laman sosial ( Facebook, Twitter, Forums, Blog ).
3. Tingkatkan Peluang Trafik Blog
Ramai yang mahu entri mereka di index ke dalam google dengan cepat dan berada di page utama Google. Tetapi tidak tahu caranya.
- Gunakan link entri yang mesra alam
- Gunakan tool yang di offer oleh google : Webmaster Tool
- Letak keyword yang berkesan di dalam setiap entri
Harap 3 Tips SEO terbaik 2013 yang berguna ini dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi prestasi blog serta perkhidmatan yang anda sediakan. :)
ADS HERE !!!