Apa itu Anchor Text?
Pernah dengar pasal anchor text? Teks Sauh! Pernah dengar teks sauh kapal?
Sebenarnya tiada kena mengena dengan kapal, bot ataupun sebagainya. Anchor text yang dimaksudkan di sini adalah teks ( ayat ) yang menggambarkan link yang beralih kepada satu hyperlink yang menggunakan kod HTML atau XHTML. Mungkin ada sesetengah antara anda yang tahu apa sebenarnya anchor text ini. Takpe, pada yang tak tahu, saya nak bagi contoh mudah.
Di atas adalah contoh anchor text.
Anchor text di atas akan menggambarkan terus kepada kandungan halaman tersebut dan mungkin ia juga menjadi salah satu keyword kepada blog anda. Secara ringkasnya, anchor text yang dibuat memberitahu kepada pembaca kemana link tersebut akan pergi.
Anchor text mempunyai banyak kelebihan sekiranya tahu cara menggunakan anchor text secara berkesan dan betul kepada search engine optimization ( SEO ), dan ia menunjukkan satu keputusan yang memuaskan yang relevan dengan link yang ditunjukkan.
Tetapi dalam masa yang sama, ramai blogger yang tidak sedar tentang kegunaan anchor text yang sebenar. Kalau tahu mesti kena dengan keyword yang anda mainkan. Perasan atau tak, termasuk diri AA sendiri, sering menggunakan anchor text yang salah!
Contohnya seperti :
Nampak tak? ayat di atas langsung tidak menunjukkan apa yang terkandung dalam link tersebut. Jadi, jangan amalkan anchor text yang salah ok. Manfaatkan sebaik yang mungkin dan Gunakan Anchor Text Secara Berkesan. :)
ADS HERE !!!