Tips Untuk Menjadi Kaya Dengan Blog | Sesetengah blogger telah berblog untuk beberapa tahun tetapi masih lagi berasakan diri tidak lagi kaya. Ramai yang meluahkan perasaan masing-masing di blog lebih-lebih lagi bagi mereka yang betul-betul ingin menjadi kaya dengan hanya berblog. Ada juga sesetengah blogger yang dah kaya, makin kaya. Di sini, apa cara sebenar untuk menjadi blogger yang kaya? Beberapa tips yang akan AA kongsikan pada anda semua cara untuk menjadi kaya dengan blog.
- Baca bismillah sebelum menaip entri.
- Tetapkan hati dan berniat berkongsi ilmu kerana Allah swt.
- Buat entri berunsur islamik dan berilmu.
- Gunakan bahasa yang sopan dan bertaraf tinggi.
- Gunakan ejaan yang betul. Bukan seperti ewwww, kitew, manew. Ingat semua orang faham ke?
- Kongsikan ilmu di dalam blog dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan daripada masyarakat sekitar.
- Luahkan pandangan yang tidak akan menyakitkan hati orang lain.
- Kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh semua orang.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa tajuk entri ni tak sama seperti isinya.? Di sini AA akan jelaskan ye. :)
AA tak nafikan bila dunia dah maju, ramai yang menjadi hamba abdi kepada duit. Ramai yang memperjudikan duit semata-mata untuk manjadi kaya. Sama juga seperti blogger.
Kita perlu faham konsep kaya yang sebenar adalah datangnya dari Allah swt. Dalam ketidaksedaran kita, sebagai blogger yang tidak kaya dengan harta, kita sebenarnya telah kaya dengan pahala dan anugerah yang tidak bernilai yang dikurniakan oleh Allah. Sedarkah kita, tak semua orang mampu berblog seperti kita? Punyai blog dan idea untuk menaip dan berkongsi pada orang lain. Sedarkah kita setiap entri yang dikongsi di dalam blog merupakan ilmu dari Allah. Seandainya maklumat yang disampaikan itu menjadi ikutan dan amalan seharian orang lain, InsyaAllah, pahala akan berlipat ganda walaupun pahala itu tidak nampak di mata. Allah Maha Berkuasa. Bagi AA, itulah erti kaya yang sebenar sebagai seorang blogger picisan. Hehe
Tetapi ramai blogger yang mengeluh apabila usaha mereka menjadi kaya dengan blog seperti satu usaha yang sia-sia. Ramai juga yang kecundang ditengah jalan. AA tak salahkan mereka. AA sendiri juga pernah kecewa hingga berasa malas lagi untuk berblog, tetapi apabila memahami konsep kaya yang sebenar, AA kuatkan kembali semangat ini. AA harap suatu hari nanti, blog AA ini sedikit sebanyak membuahkan hasil, hasil usaha AA dalam dunia blogging. Jadi, jadilah blogger yang bijak menilai. Adakah kita mahu mengejar kaya di dunia semata-mata ataupun kaya kedua-duanya?? :)
ADS HERE !!!