Tips Lajukan Speed Blog Dengan Berkesan | Pernah tak anda berasa benci dengan kelajuan blog anda sendiri? Lembab! Nak loading sampai satu page penuh pun ambil masa lebih daripada 10 saat. Anda mula mencari solusi di internet cara untuk lajukan speed blog. Blog yang tawarkan tips pun lembab juga. Akhirnya, anda sendiri yang terpaksa mencari solusi di Google.
Untuk pengetahuan anda, bermula April 2010, Google mula mengambil kira tentang kelajuan blog dan ia juga boleh mempengaruhi kedudukan di dalam carian Google. Kenapa ye? Kerana Google mengambil kira tentang trends yang berlaku. Apabila page anda tersenarai dalam page utama Google, dan pengunjung klik link blog anda, tetapi mengambil masa yang lama, akhirnya, tak sempat nak baca, pengunjung dah mengalah dan mula mencari blog lain. Bagaimana kesan terhadap blog anda? Terkeluar daripada senarai page utama Google. Rugi bukan?
Sebelum ini blog anirahazuri.com juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk loading sepenuhnya termasuk dengan gambar yang ada di kanan blog. Oleh yang demikian, saya telah mencari solusi untuk memulihkan kelajuan blog setara dengan penggunaan SEO di dalam blog supaya blog mesra pengguna. Ikuti langkah yang telah saya buat semalam (7 Jun 2014).
Tips Lajukan Speed Blogpot Dalam Masa Singkat
1. Periksa kelajuan blog. Ini adalah langkah yang pertama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan apa-apa perubahan pada blog. Saya syorkan tiga tempat yang biasa blogger guna untuk periksa kelajuan blog iaitu Pingdom Test, GTMetrix dan Google Developers. Saya syorkan tiga tempat ini kerana ketiga-tiga tempat ni boleh tunjuk perbezaan dari segi sudut pelbagai faktor. Anda boleh buat perbandingan dan catat apa faktor yang terbesar yang menyumbang kepada kelembapan blog anda.
2. Tukar template blog. Ini berdasarkan pengalaman saya. Ada sesetengah template yang mempunyai saiz yang sangat berat. Sebaik-baik saiz page adalah bawah 100kb. Kalau ikutkan blog ini, saiz masih lagi berat. Tapi dengan bantuan template daripada evotemplates, alhamdulillah, lebih ringan. Anda juga boleh cari template mesra SEO dan responsive.
3. Tukar format gambar di dalam blog. Sekiranya anda menggunakan gambar yang berformat .png, saya sarankan sila convert dalam format .jpg. Boleh gunakan online converter. Mungkin nampak remeh di mata anda, tetapi format gambar akan mempengaruhi kelajuan blog melalui saiz gambar tersebut. Untuk pengetahuan anda, saiz gambar yang berformat .png adalah berjenis lossless, bermaksud apabila anda upload masuk ke blog, tiada perubahan data gambar. Gambar akan tetap cantik dan tajam. Tetapi lain pula pada format .jpg. Apabila di upload, gambar akan di compress dan butir-butir gambar akan secara halus hilang dari pandangan mata. Dalam kata lain, gambar akan menjadi tidak tajam dan tak sebagus yang asal. Apa yang nak ditekankan di sini, kegunaan gambar statik pada blog seperti di kawasan header dan widget, sebaiknya gunakan gambar yang berformat .jpg. Mungkin akan kelihatan sedikit suram berbanding format .png tetapi yakinlah, blog anda akan lebih laju! Tetapi sekiranya anda masih mahu menggunakan format .png, gunakan png compress.
4. Buang gambar header atau pakai gambar kecil. Kalau tengok pada blog anirahazuri.com sendiri, saya gunakan gambar header yang kecil dan padat. Tak perlu nak cantik-cantik sebab kebanyakan pambaca tak tengok pada header tapi pada isi kandungan artikel.
5. Kurangkan penggunaan JavaScript. Javascript boleh melambatkan blog anda. Lebih-lebih lagi javascript untuk pengiklanan.
6. Gunakan latar belakang blog kosong / Tanpa gambar. Ini juga salah satu cara nak kurangkan masa loading blog. Sekiranya anda gunakan latar belakang yang bergambar, bayangkan saiz yang terpaksa di pikul oleh blog anda untuk mainkan keseluruhan gambar tersebut. Tips terbaik, gunakan latar belakang yang menggunakan kod warna sahaja.
7. Buat template blog valid HTML5. Kod HTML5 lebih pendek, ringan dan mudah berbanding dengan yang versi yang sebelum ini. Anda boleh rujuk pada blog ini untuk ubah template valid HTML5. --> Ubah Blog Valid HTML5
8. Pasang script lajukan loading blog (Pilihan). Anda boleh gunakan tutorial di blog ini --> Script Lajukan Blog.
Secara keseluruhan telah saya lakukan tips di atas semalam dan keputusannya diluar jangkaan saya. Bermula dengan ujian awal dari :
- Pingdom, kelajuan maksima yang blog ini boleh lalui adalah 3saat lebih.
- GTMetrix, Gred B untuk Page Speed Grade dan gred D bagi YSlow Grade
- Google Developers, 70/100
- Dan yang terbaru, anda boleh tengok gambar di bawah. Moga anda juga berjaya!
- Sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau komen mengenai performance blog saya, boleh tinggalkan komen di bawah.
ADS HERE !!!