Tips dan Panduan Penting Ramadhan 1435H/2014 | Bila sebut Ramadhan, pasti akan terbayang-bayang hari puasa selama 1bulan berturut-turut. InsyaAllah, pada tahun 2014 ini, hari Puasa Ramadhan akan jatuh pada 29 Jun 2014. Seperti kebiasaan, umat Islam diseluruh dunia akan melakukan rukun Islam yang ketiga. Sekiranya tak memenuhi rukun Islam tersebut, maka diri anda masih belum lagi melengkapi diri anda sebagai seorang Islam yang sempurna.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/67, no. 37)
Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa point penting dan panduan khatam Al-quran bergambar untuk bulan Ramadhan supaya Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna pada diri anda. Disertakan juga dengan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H.
Niat Puasa Ramadhan, Niat Berbuka Puasa
Bila tiba bulan Ramadhan, pasti ada yang akan terlupa tentang bacaan niat puasa dan niat berbuka. Oleh itu, saya sediakan grafik untuk anda lihat dan hafal.
Niat puasa hari-hari bulan Ramadhan
Niat puasa sebulan bulan Ramadhan
Doa berbuka puasa
Tips Khatam Al-Quran Dalam Bulan Puasa
Seperti yang sedia maklum, bulan puasa atau Ramadhan ini dikenali sebagai bulan Al-quran kerana pada bulan Ramadhan inilah ayat pertama Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda baginda diangkat menjadi Rasul dan Nabi terakhir pada usia 40 tahun.
Pendapat yang paling sahih mengenai ayat pertama yang diwahyukan ialah firman Allah:
“Bacalah dengan menyebut nama Rabb-mu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabb-mu lebih Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘Alaq: 1-5)
Pada bulan puasa ini lah, umat Islam akan terus mendekati amalan-amalan yang mulia terutama membaca al-quran dan bertadarus. Maksud tadarus di sini adalah merujuk kepada membaca, mengulangkaji, mengajar, atau menyemak bacaan al-Qur’an.
‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang yang paling dermawan. Beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan di ketika Jibril ‘alaihis Salam datang menemui beliau. Jibril ‘alaihis Salam selalu mendatangi beliau pada setiap malam bulan Ramadhan untuk membaca, mengajar, dan menyemak bacaan al-Qur’an bersama beliau. Ketika waktu tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih dermawan dari hembusan angin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/7, no. 5)
Walaubagaimanapun, jika dilihat di Malaysia, amalan membaca Al-quran menjadi satu trend atau ikutan wajib walau dimana sahaja tempatnya. Bila tiba sahaja bulan Ramadhan, masing-masing mula mencari Al-quran dan menetapkan target untuk khatam keseluruhan Al-quran. Malah, ada yang khatam lebih daripada satu kali pada bulan Ramadhan. Sekiranya amalan ini dilakukan dengan ikhlas tanpa menunjuk-nunjuk dengan bilangan berapa kali khatam Al-quran, saya ucapkan syabas dan tahniah pada anda. Apa yang penting sebelum menetapkan niat untuk khatam tu, niatlah seikhlas hati.
“Aku baca Al-quran, kerana Al-quran ini lah yang akan bantu aku nanti di akhirat sana. Aku baca Al-quran kerana Allah Taala. Moga di bulan Ramadhan ini, akan lebih berkat pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umat Islam yang lain.”
Berbalik pada tips khatam Al-quran dalam masa bulan Ramadhan dalam erti kata lain, khatam Al-quran dalam masa 1bulan. Tips ini saya kumpul daripada penceramah terkenal iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang dikongsi oleh beliau pada bulan Ramadhan tahun 2012. Oleh kerana tips yang diberikan beliau mengikut harian yang di post di Facebook dan mungkin agak susah untuk di lihat secara berkala oleh pengguna, saya telah mengambil inisiatif dengan design grafik yang boleh memudahkan pengguna untuk menyimpan dan print gambar tips tersebut.
Nampak lebih senang kan untuk anda baca Al-quran selama 1bulan dalam bulan Ramadhan?
:)
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H
Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 2014/1435H secara rasminya mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia. Anda boleh download melalui pautan link [+]Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H.
Sebagai tambahan, saya juga telah buat satu design untuk mereka yang nak print sendiri Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H dalam bentuk yang lebih menarik dan anda boleh edit menggunakan software Photoshop. [+]Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H PSD.
Kemungkinan Tahun Terakhir Sambut Puasa Dengan Family
Untuk bahagian ini, agak touching dan menyentuh jiwa sikit. Kemungkinan besar, tahun ni merupakan tahun terakhir sambut puasa bersama-sama dengan family. Sebab, tahun depan, kalau rezeki lulus dengan cemerlang belajar kat UMT sebagai pelajar Kejuruteraan Perisian, saya akan terus buat Latihan Industri pada bulan 6, bulan Ramadhan pula tu selama 6bulan. Adik-adik pula akan sambung belajar jauh dari rumah. Kemungkinan yang tinggal kat rumah, hanya mak, ayah dan moyang sahaja. Boleh bayang tak perasaan tu? Hmm..
Kalau tiada aral lintang pula, tahun ke seterusnya, kahwin! Hehehehe....
ADS HERE !!!