Cara Download Filem Terus Melalui Server | Anda mungkin kaki download movie, lagu, drama, games dan sebagainya. Kadang-kadang terpaksa menghabiskan masa untuk buka laman website pemilik yang penuh dengan widget yang mengganggu tumpuan. Ada yang terpaksa klik iklan, klik link tersembunyi dan macam-macam lagi. Perkara yang membazir masa dan kadang-kadang page yang dibuka, tak dapat nak download. Bertambah-tambah lah kecewa.
So, khas untuk mereka yang nak download movie, drama, lagu dan sebagainya (newbie) secara terus melalui server tanpa perlu melalui apa-apa sekatan, mudah sahaja. Dalam erti kata yang mudah, bila anda klik sahaja link movie atau sebagainya, anda boleh download secara direct link. Tak perlu dah untuk buka website yang kena play movie baru boleh download, yang perlu klik button donwload kemudian kena klik popup iklan, download dari torrent atau storage macam mediafire tu semua.
PENTING!
Apa yang perlu anda miliki adalah Internet Downloader Manager(IDM). Download dahulu IDM ke dalam laptop/PC anda. Software ni wajib ada kalau nak lajukan rate downloading anda nanti.
Cara Download Filem Bluray Terus Melalui Server
Pastikan anda baca tutorial di bawah dengan sebaiknya.
1. Buka Pelayar ( Google Chrome/Mozilla )
2. Search Google.com
3. Gunakan formula ni untuk cari movie ---> index of.Jenisformat TajukMovie Tahun
Jenisformat : untuk movie, korang boleh guna .mkv .flv .avi
TajukMovie : Tajuk Movie/Drama pilihan anda
Tahun : Tahun terbitan Movie/Drama
Contoh : index of.avi i,Frankenstein 2014
4. Klik Search.
5. Anda akan dapati banyak site yang bertanda Index of/namafile......... dll. Klik mana-
mana link.
6. Contoh : Saya pilih link yang pertama. Ikuti langkah yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah.
7. Dan tunggu sampai habis download. Hasil gambar pun cun sebab bluray 720p.
Layan movie I, Frankenstein malam ni.
ADS HERE !!!