Artikel Lama Bantu Tingkatkan Komisen Jualan Ebook | Sebagai seorang blogger, kita cenderung untuk mengemaskini artikel yang baru dan melupakan artikel lama. Kita juga sentiasa melupakan keperluan pembaca yang mencari solusi kepada masalah mereka yang dicari melalui pengalaman blogger.
Ya! Untuk mencari pembaca setiap hari untuk membaca artikel adalah satu perkara yang amat susah untuk dibuat, tapi dengan berkat kesabaran selama 1tahun lebih, artikel lama mungkin akan membawa kelebihan berbanding dengan artikel yang lama. Artikel yang anda hasilkan mungkin lebih memberi manfaat kepada pengguna.
Sebagai contoh, saya telah menghasilkan sebuah artikel yang bertajuk Rahsia Diet Atkins Yang Sebenar pada awal tahun 2013. Artikel tersebut dihasilkan untuk memberi info kepada pembaca tentang Diet Atkins. Di awal-awal penghasilan artikel tersebut, mungkin tiada banyak yang baca. Tapi alhamdulillah, dalam versi update, setelah ramai rakyat Malaysia yang sedar tentang kesihatan diri, kini artikel tersebut telah mencecah sebanyak 92385 view daripada pembaca. Secara purata 500 view sehari. Angka tersebut mungkin tidaklah setinggi artikel blogger terkenal, tetapi membantu saya dari segi jualan Ebook Teknik Kurus Dengan Diet Atkins 2014.
Komisen Jualan Ebook
Kalau nak senaraikan satu per satu keywords yang melekat masuk ke dalam blog, mungkin agak banyak. Tetapi salah satu keyword yang membawa kepada meningkatan jualan Ebook Teknik Kurus Dengan Diet Atkins adalah Diet Atkins. Dua patah perkataan yang simple, tapi artikel di blog ini sentiasa menjadi mangsa serangan pembaca.
Itu adalah sebagian hasil daripada penangan artikel lama kepada jualan ebook seorang vendor di Ashadee.com. Saya tak perlu nak update blog hari-hari semata-mata untuk promosi kepada orang ramai tentang ebook tersebut. Cukup dengan beberapa artikel yang berkait dan saya boleh buat komisen secara terus. Ketahui Apa Itu Affiliate?
Daftar Affiliate di Ashadee.com
Melalui Ashadee.com, saya dapat buat duit bulanan secara pasif. Anda boleh baca perkongsian pengalaman saya di dalam artikel Buat Duit Dengan Affiliate Ashadee.com. Di dalam artikel tersebut saya telah membuat sedikit pengenalan dan huraian tentang Ashadee.com.
Kenapa perlu Ashadee.com ye?
Mungkin ada yang tertanya-tanya kan? Simple, mudah dan sesuai untuk pelbagai golongan yang nak menjana pendapatan secara pasif melalui internet - itu jawapan saya. Saya golongan pelajar, tetapi masih boleh buat duit melalui internet tanpa menggangu kerja harian. Mudah kan? Tambahan, banyak vendor-vendor yang berkaliber yang hasilkan ebook yang mantap. Salah sorangnya pemilik Ashadee.com itu sendiri.
Berkat kesabaran lagi, sekarang dah masuk top 22 Affiliate Ashadee.com tahun 2014. Lagi 2 anak tangga nak masuk Top 20. Berbaloi tak? :)
Kepada mereka yang berminat untuk buat affiliate ni, boleh rujuk pada tutorial Cara daftar akaun affiliate Ashadee.com.
ADS HERE !!!