Oppo N1 untuk penggemar selfie | Setelah berjaya dengan produk mereka yang sebelum ini iaitu Find 5, Oppo kini hadir dengan versi terbaru iaitu Oppo N1. Terlintas nak buat review pun sebab blogger reez ada update juga pasal Oppo N1 dan teringat balik dalam bulan lepas, pensyarah tunjuk video tentang teknologi terbaru smartphone Oppo.
Oppo N1 mula diperkenalkan pada September 2013 dan telah memasuki pasaran Malaysia pada Februari 2014 dengan beberapa spesifikasi serta feutures yang cukup tinggi dan menarik. Yang menariknya tentang peranti ini adalah mempunyai ; memori RAM 2GB, kamera 13-megapixel serta 1.7 Quad Core yang boleh menyokong kelajuan penuh tanpa sebarang lag serta hang. Harga berkemungkinan dalam lingkungan RM1.7k.
Oppo N1 juga merupakan syarikat peranti utama yang mengeluarkan 13-megapixel kamera fungsi dua arah, belakang dan depan. Kelebihan ini dihasilkan untuk mereka yang gemar kepada fotografi smartphone atau lebih dikenali sebagai selfie. Revolusi kamera dua arah sebanyak 206° pusingan akan sentiasa berada dalam keadaan lock walaupun dipusing pada arah yang diingini.
Feutures terbaru yang mungkin tiada lagi di peranti lain adalah O-Touch. O-Touch adalah satu cara terbaru dalam kegunaan smartphone yang menggunakan jari dibelakang peranti untuk skrol, tap atau snap gambar tanpa block pada paparan muka hadapan.
Oppo N1 juga hadir dengan skrin bersaiz 5.9 inch Full HD skrin. Paparan yang dihasilkan sangat clear dan sharp bagi menyampaikan data serta maklumat.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi Oppo N1, boleh lawati laman website rasmi OppoMobile.com.my. Saya tinggalkan anda dengan video review Oppo N1 2014. Untuk penggemar selfie, saya cadangkan smartphone ini sebagai rakan baru anda. :)
ADS HERE !!!