Sebelum bermula, saya ingin tekankan satu perkara yang sentiasa bermain dibenak fikiran orang ramai :
" Saya tak pernah percaya pada bisnes online yang menjanjikan duit tanpa sebarang modal. Sekiranya anda berfikiran begitu, artikel ini bukan untuk anda. "
Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda :
- Apa itu affiliate Marketing Ashadee.com?
- Apakah kelebihan affiliate dan menjadi affiliate marketer di Ashadee.com.
- Tips dan cara yang terbaik untuk menjadi affiliate Marketer yang berjaya.
Jadi, betul ke dengan affiliate ini, kita dapat buat duit? Tanpa sebarang modal pula? Jawapan saya, YA dan TIDAK.
YA, bila anda bertindak dengan cara yang betul dalam proses affiliate dan TIDAK sekiranya anda tidak melakukan apa-apa tindakan. Mudah bukan? Proses ini di ibaratkan seperti anda makan nasi. Sekiranya anda suap masuk mulut, anda akan kenyang dan andai anda tengok sahaja nasi tanpa sebarang tindakan, anda akan lapar sampai bila-bila.
APA ITU AFFILIATE MARKETING ASHADEE.COM?
Program affiliate Ashadee.com membolehkan anda mempromosikan produk-produk yang terdapat di dalam website Ashadee.com kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan melalui link affiliate yang dibekalkan kepada anda, anda akan menerima komisen berdasarkan jumlah peratusan yang telah ditetapkan oleh setiap vendor.
Secara asasnya, anda akan di panggil sebagai publisher. Publisher ini bertindak sebagai pembantu kepada sesebuah bisnes untuk mempromosikan barangan jualan mereka. Sebagai contoh, anda follow salah satu vendor yang ada di Ashadee.com ; Pakej Software Newbie ( Software Bina Minisite ) dan promosikan produknya, kemudian anda akan dapat komisen apabila pembeli siap melakukan pembayaran.
Keterangan Gambar :
- Pakej Software Newbie - Jenama produk yang dikeluarkan oleh vendor.
- PPS: 50% - Nilai komisen setiap produk yang akan diterima oleh afffiliate Marketer sekiranya berjaya membuat jualan.
Kelebihan affiliate dan menjadi affiliate marketer di Ashadee.com
Program affiliate di Ashadee.com dilihat menjadi "trend" atau pilihan ramai orang pada masa kini sebagai pendapatan sampingan dan saya akan terangkan kenapa :
- Kos - Program affiliate adalah FREE. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana segala kos akan ditanggung oleh penjual/vendor. Apa yang anda perlu ada hanyalah gadget serta minat.
- Tidak perlu penyimpanan barang - Anda tidak perlu risau tentang stok atau tempat penyimpanan kerana anda tidak perlu simpan barang yang di promosi. Semuanya akan diuruskan oleh penjual sendiri.
- Tidak perlu support pembeli - Anda bukan kaunter pertanyaa. Anda tidak perlu pening untuk menjawab semua persoalan tentang produk atau rungutan dari pembeli.
- Pendapatan Pasif - Anda tidak perlu berhenti kerja semata-mata untuk melakukan program affiliate. Hanya lakukan sebagai kerja sampingan dan pendapatan akan terus menerus masuk ke dalam akaun anda.
Tips dan cara yang terbaik untuk menjadi affiliate Marketer yang berjaya.
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam memberikan tips yang tepat dan terbaik untuk menjadi affiliate marketer yang berjaya. Saya percaya masih ramai diluar sana yang lebih hebat dan menjana pendapatan hingga 4angka sebulan. Promosi affiliate bukan hanya promosi link affiliate semata-mata, tetapi terdapat beberapa faktor penting yang perlu diketahui oleh seseorang affiliate marketer seperti keperluan pengguna, cara promosi yang betul, dan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Saya akan sediakan beberapa cara dan tips untuk menjadi affiliate merketer.
1. Pilih Produk yang Hot
Kesalahan yang sering dilakukan oleh affliate marketer adalah memilih produk yang telah lama dalam pasaran dan bukan carian utama pengguna pada masa sekarang. Salah satu produk yang hangat pada masa kini adalah "Teknik Buat Minisite". Sebab apa? Kerana ramai penjual online sekarang, memburu untuk membuat minisite jualan tetapi tidak tahu caranya. Fahami kehendak pengguna dan lakukan sedikit eksperimen dan apply ke dalam blog atau tempat promosi anda.
2. Fokus pada produk yang dijual pada satu masa
Tidak dinafikan, ramai affiliate marketer berebut mengaut semua produk dan promosi sekaligus dalam satu masa yang sama. Hal ini menyebabkan anda tidak boleh meletakkan fokus penjualan pada produk yang tertentu.
3. Gunakan Medan Promosi Terbaik
Ramai affiliate Marketer menggunakan blog sebagai tempat untuk mempromiskan produk. Blog bukanlah satu cara semata-mata. Banyak lagi alternatif lain seperti Fanpage Facebook. Semakin banyak medan yang digunakan, sebanyak banyak komisen yang diterima.
4. Cari Teknik Terbaik Untuk Promosi Affiliate
Program affiliate tidak hanya terhad kepada perkongsian link semata-mata. Terdapat banyak teknik baru yang sering wujud bagi meningkatkan lagi jualan affiliate oleh seseorang affiliate Marketer. Sebolehnya sentiasa "up-to-date" dengan teknik-teknik baru. Salah satu yang boleh saya kongsi adalah : Jana RM800-RM1000 dari rumah dengan Affiliate.
Apa yang penting, untuk menjadi seorang affiliate marketer yang berjaya bukan hanya setakat doa semata-mata supaya pembeli akan membeli produk yang dipromosi. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk menjadikan ianya nyata. Planning adalah langkah terpenting sebelum melakukan sebarang promosi. Moga perkongsian kali ni dapat membuka hati pembaca sekalian untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi salah seorang affiliate mareketer yang berjaya. Jom daftar Affiliate Marketer di Ashadee.com.
Feel free untuk meninggalkan komen yang membina untuk tips yang lain di bawah. :)
Nota Kaki :
Berkeinginan nak jadi top affiliate dia Ashadee tetapi perjalanan masih jauh. Setakat ni, alhamdulillah, dah masuk ranking 40 affiliate terbaik tahun 2014.
ADS HERE !!!