Kata orang, berblog adalah seperti menghasilkan sebuah karya agung. Cara penyampaian, cara menarik perhatian pembaca, adalah bergantung pada kreativiti blogger sendiri. Pada AA, AA lebih suka pada ciri blog yang berinformasi dan pembelajaran. Terserah pada anda tentang pemilihan niche blog. Fokus utama untuk menjadikan blog anda sebagai mesra pengguna adalah gabungan di antara entri yang kreatif serta pendedahan SEO sedikit sebanyak dalam entri anda. Ikuti beberapa langkah mudah, lakukan di dalam blog anda dan tunggu keputusannya. InsyaAllah.
1. Research Katakunci/Keywords
Setiap post serta blog yang dihasilkan, kebiasaannya mempunyai keyword atau kunci yang tersendiri. Keyword yang wujud itu datangnya daripada pengguna sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah, lakukan research pada keywords tersebut dan hasilkan entri mengikut apa yang pembaca cari. Tapi hati-hati, jangan terlalu banyak keywords dalam sesebuah entri. Mungkin anda boleh guna dalam 10-12% sahaja.
2. Kongsi artikel lama
Anda perlu terus berkongsi artikel pada pembaca supaya artikel lama itu terus kekal menjadi bahan rujukan pembaca. Satu lagi perkara penting, anda perlu sentiasa peka pada perubahan teknologi. Mungkin ada sesetengah entri lama sudah tidak relevan lagi dengan persekitaran. Akibatnya, pembaca mungkin akan bosan dan terus melupakan entri anda. Solusinya, sentiasa update entri sekiranya ada perubahan terbaru.
3. Tanya Pendapat Pembaca
Pemikiran seorang penulis dengan pembaca adalah sangat berbeza. Penulis mungkin hanya akan fikir tentang kemahuan dari segi dirinya sahaja tanpa memikirkan tentang pembaca. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sentiasa bertanya kepada pembaca. Lakukan proses komunikasi dua hala bersama pembaca. Dengan cara ini, anda akan dapat mengetahui kelemahan serta pandangan tentang blog anda. Sentiasa lakukan ini.
4. Tema Blog
Blog yang kemas dan cantik sering menjadi pilihan pembaca. Terlalu banyak gadget yang tidak penting yang berlegar di blog, mungkin akan mengganggu pembacaan pembaca. Fungsi warna juga memainkan peranan yang penting. Jangan guna warna yang terlalu neon, boleh berpinar mata pembaca tau. Pilih tema blog yang sesuai.
5. Sorting Entri Pendek
Entri pendek yang AA maksudkan di sini adalah anda hasilkan sebuah ruangan untuk menempatkan tajuk entri yang popular atau info penting. Anda mungkin boleh meggunakan bantuan "popular post" atau hasilkan sendiri dengan menggunakan HTML di "add a gadget".
6. Sentiasa Up To Date
Blog yang terbengkalai mungkin akan mewujudkan persekitaran yang suram kepada pengguna. Apa yang anda perlu lakukan andalah sentiasa mengikut perubahan persekitaran anda. Contohnya : Anda memilih blog niche masakan. Anda perlu peka pada perubahan selera atau pilihan pengguna. Jangan sediakan entri masakan tradisional sepanjang masa. Apa kata anda sediakan juga entri masakan barat.
7. Tentang Penulis
Hasilkan sebuah ruangan untuk memperkenalkan diri anda yang sebenar. Selama ini anda hanya menhasilkan entri yang enak dibaca, tapi pembaca tidak pernah kenal anda. Apa kata, kenalkan diri anda pada dunia.
8. Entri Bermanfaat
Blog adalah hak masing-masing. Apa yang ditulis, apa yang diluahkan mungkin menjadi hak individu. Tapi pernah tak terfikir, apa akibatnya anda hasilkan entri yang tidak mempunyai maksud? Penuh dengan gaya kemarahan serta ayat yang lingtang pukang? Bukankah entri itu langsung tak menarik perhatian pembaca. Jaga cara penyampaian. InsyaAllah, pembaca akan terus bersama.
ADS HERE !!!