Adab Berblog, Cara Copy Paste Entri Orang lain Yang Beradab | Pernah atau tidak anda terlibat dengan aktiviti copy paste entri blog orang untuk diletakkan di dalam blog sendiri? Mungkin ramai antara anda tak pernah nampak impak baik buruk blog copy paste. AA secara peribadinya rasa terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang asyik copy paste entri blogger lain.
Mungkin ada yang berfikir, apa salahnya kalau entri yang baik kita kongsi bersama. "Sharing is caring!". Iye, tidak dinafikan sama sekali. Dalam masa yang sama, kita pun dapat pahala bila ilmu itu dikongsi dengan orang lain. Tapi dalam berblog, anda perlu lah beradab. Ada caranya nak kongsi ilmu orang. Sedangkan Hadis Nabi serta kata2 ulama pun, kita kreditkan kepada tuan empunya kata, ini kan pula entri daripada kita sendiri. Bukan nak mengungkit, tapi ada beberapa entri dalam blog AA yang di copy 100% tanpa mengubah tajuk entri langsung! Ayat pun 100%. Kreditnya apatah lagi nak letak. Terasa oiiii!!! :'(
Tahu tak kenapa dalam berblog anda perlu beradab sebelum berniat nak copy paste?
Kenapa Perlu Beradab Sebelum Copy Paste entri?
1. Untuk menjaga hati empunya entri. Pernah tak terfikir, berapa lama masa yang diperlukan oleh seseorang penulis untuk memikirkan idea untuk melengkapkan dan menyiapkan sesebuah entri yang bagus? Segala ayat perlu disusun secara rapi untuk menarik perhatian pembaca. Satu entri yang berharga, tak mungkin akan disiapkan dalam masa yang singkat seperti kerja copy paste. Jadi hargai lah pengorbanan entri orang lain. :) Bukan susah kan?
2. Sikap Professional diri. Orang lain masuk blog anda, baca entri anda, mereka mungkin teruja dengan entri anda. Tapi sebenarnya, entri tu adalah entri copy paste yang tidak berkredit! Ramai yang memuji, "Entri Best!" "Terbaik", sedangkan bukan entri daripada usaha anda! Apa gunanya usaha anda yang bertittle sebagai seorang blogger kan? Tak professional langsung tau.
3. Anugerah Blog Spam. Ada yang terasa? Betul kan, blog copy paste hanya layak menerima anugerah, blog spam! Jadi, jangan jadikan anda sebagai penerima utama anugerah blog spam di kalangan blogger.
4. Sumber asal. Sedangkan manusia sendiri punya surat beranak sebagai bukti di mana tempat lahir, bila, siapa nama, siapa nama mak ayah, ini kan pula entri yang berada di internet. Mungkin ada yang tertanya, apakah entri yang di baca dalam blog anda itu sahih? Siapa penulis asalnya? Dari mana sumbernya? Kalau orang lain komen, tak lah menggelabah, nak balas komen.
Cara Copy Paste entri Blog Yang Beradab :
1. Baca entri orang sampai habis.
2. Tinggalkan komen supaya pemilik blog tahu yang anda copy entrinya.
3. Copy paste di blog anda dengan kreditnya sekali.
4. Kalau boleh, olah sendiri ayat anda untuk mengubah entri asalnya.
Jadi fikir-fikirkanlah. Nak copy paste boleh, tapi biarlah berpada-pada. Kreditkanlah kepada sumber/pemilik asal. Jangan jadikan diri anda sebagai blogger yang kosong pemikirannya. Dalam berblog juga, dapat menjadikan fikiran anda matang dan berfikiran cerdas.
Sekian.
ADS HERE !!!