Blogger.com telah berubah wajah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Banyak perubahan baru yang ditampilkan supaya pengguna lebih senang dan mudah untuk menggunakan blogger.com. Banyak tambahan tools dan filter yang terbaru. Salah satunya adalah Menambah Meta Tag Description.
Sebelum kita beralih kepada tutorial yang akan AA tunjukkan sebentar nanti, kita perlu fahami apa itu Meta Tag Description. Meta Tag Description adalah cara untuk memberikan description pendek atau singkat untuk dibaca oleh search engine.
Jika di Wordpress yang menggunakan hosting tersendiri, plugins untuk ini sudah tersedia. Di Blogger.com baru sahaja menambah tool Menambah Meta Tag Description dan ia memudahkan lagi pengguna dengan interface blogger.com yang baru ini.
Cara Menambah Meta Tag Description Pada Blog
1. Login Blogger.com
2. Pilih button Setting --> Search Preferences
3. Tengok bahagian Meta Tags --> Pilih Description --> klik edit --> Klik Yes
4. Masukkan description yang menggambar blog anda. Maksimum 150 karakter.
5. Klik Save Change kalau tiada apa-apa perubahan lagi.
Cara Menambah Meta Tag Description Pada setiap entri
1. Setelah melakukan beberapa langkah di atas, tool untuk Search Description akan muncul pada halaman New Post anda di bahagian sidebar. Cuba lihat gambar di bawah.
2.Selepas anda membuat entri anda, jangan lupa masukkan description dapat kotak Search Description anda yang ada pada sidebar. Tulis description yang padat dan ringkas untuk menggambar isi kandungan entri anda. Maksimum 150 karakter. Klik selesai setelah siap dan publish entri anda.
3. Sekarang kita perlu menambah kod HTML untuk Template kita.
4. Back up anda punya template untuk mengelakkan kesilapan atau kehilangan template blog.
5. Klik template --> Edit HTML --> Klik Expand Widget Template.
6. Cari perkataan <head>. Copy kod dibawah dan paste bawah <head>
<b:if cond='data:blog.metaDescription'>
<meta expr:content='data:blog.metaDescription' name='description'/>
</b:if>
7. Preview dulu. Kalau tiada error, klik Save template.
ADS HERE !!!