Nuffnang oo nuffnang. Lama betul tak dapat khabar berita daripada pihak nuffnang ni. BE yang terakhir sekali pun bulan lepas. Tu pun ciput aje nuffnang bagi. Tak puas hati sangat. Pagi-pagi ni belek-belek, blogwalking kat blog otai. Cari tips untuk dapatkan BE daripada otai. Kalau sebelum ni saya ada post pasal Cara nak naikkan trafik blog dan Cara Untuk Naikkan Pagerank, kali ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk dapatkan BE daripada nuffnang tercinta.
Sebelum AA menjelaskan lebih lanjut tips untuk mendapatkan BE nuffnang, bagi bloggers yang sedang bertatih, mari AA terangkan sedikit sebanyak apa itu BE.
BE ni adalah shortform yang asalkan daripada perkataan Buffered Earning. BE ni akan diberikan sekiranya pelawat yang ramai datang ke blog anda / pelawat klik iklan-iklan yang ada dalam blog anda. Ada faham?
Setiap iklan akan diberikan RM0.25. Lebih kurang macam tu lah. Tak semua iklan yang pelawat klik tu akan bagi earning kat anda.
Bila dah buat blog, mesti anda ada objektif anda yang tersendiri. Sesetengah kata , buat blog sebab suka-suka , tempat luahan rasa hati , tapi ada jugak yang kata nak buat blog sebab nak buat duit. Serius? Buat blog sebab nak buat duit? Tak percaya berapa ramai dah blogger yang kutip beribu-ribu sebulan hasil daripada blogging? Tengok kat entri saya yang sebelum ni Berjayakah Buat Duit Dengan Blog? Kata orang, sambil menyelam sambil minum air. Takkan nak blog untuk saje-saje tapi takde target yang lebih jauh.
Jom kita explore cara untuk dapatkan earning / BE daripada nuffnang.
1. Update entri : Cubalah berusaha update entri anda setiap hari. Kalau malas sangat, update lah 2/3 kali seminggu.
2. Letak iklan nuffnang : Kalau tak letak iklan nuffnang, gamaknya sampai ke tua lah earning tak masuk-masuk.
3. Kedudukan iklan Nuffnang : Ni perkara paling penting!!! Tolong jangan skip bacaan anda. Cuba periksa balik kat mana anda letak iklan-iklan nuffnang? Anda letak iklan tapi langsung BE tak dapat daripada Nuffnang. Kenapa? Anda ikut tak manual / cara letak iklan yang betul. Di mana kedudukan iklan Nuffnang sepatutnya berada untuk anda memperoleh BE daripada Nuffnang.Cuba buka balik laman nuffnang. Tengok bahagian Add Ads. Tengok susun atur iklan yang sepatutnya korang letak.
4. Hantar tiket kat Nuffnang : Tiket? Tiket flight ke? Tiket ni takde kena mengena pun dengan kapal terbang / bas / teksi. Tiket ni macam feedback lah. Korang rajin-rajinkanlah tanya soalan ape-ape ke kat Nuffnang. Tak pun korang ucap tahniah kat Nuffnang ke. Tu tandanya korang prihatin sangat kat Nuffnang.
5. Tarik Orang ke Blog Anda : Nak tarik macam mana? Macam tarik lembu masuk kandang? hehe. Bukan macam tu, jangan paksa orang supaya view blog anda. Dah tu apa yang anda perlu buat? Anda buat lah entri-entri yang menarik. Tengok tajuk pun orang dah terliur nak baca. Agak-agaknya entri ni anda terliur tak nak baca?
6. Update Survey dan Bio kat Nuffnang : Anda update lah ape-ape maklumat kat Nuffnang tu. Sebagai tanda yang anda ni memang aktif di Nuffnang. Kalau tak update, macam mana nak dapat respond daripada Nuffnangers kan? Kalau boleh update lah 2/3 kali seminggu. Lagi kerap anda update, lagi cepat BE masuk.
7. Ping Entri kat Innit / Busuk.org / Facebook / Group : Ni salah satu cara yang terbaik nak dapatkan trafik yang tinggi. Rajinkanlah diri anda masuk laman-laman macam ni dan ping entri anda. Ini pengalaman saya dan sampai sekarang saya buat.
8. Kadar trafik : Walaupun kadar trafik tak banyak masuk ke blog anda, jangan risau. Tu bukan pengakhiran riwayat blog anda. Apa yang penting, pastikan kadar trafik yang masuk setiap kari ke dalam blog anda dalam keadaan stabil dan konsisten. Jangan sampai jadi macam bukit. Turun naik turun naik.
Cukup dengan 8 tips ni? Nak tips lain lagi? Tunggu entri akan datang ye. :)
ADS HERE !!!