Berjayakah Buat Duit dengan Blogging?
AA mengambil sedikit peluang di sini untuk bertanya kepada rakan-rakan blogger mengenai buat duit dengan blogging. AA pasti dan yakin, setiap blogger mempunyai objektif masing-masing dalam menubuhkan sebuah laman blog. Ada yang berkongsi tentang kisah hidup , ada yang berkongsi isu semasa dan tak kurangnya ada yang berblog untuk menjana duit.
Iklan dan blog memang tidah dapat dipisahkan. Cuba kita lihat mana-mana blog sekali pun, pasti takkan terlepas dengan meletakkan iklan-iklan seperti nuffnang , heartbeat , Says.my , Churp-Churp , Blin.gd , Innity , Gushcloud , Clixsence dan lain-lain lagi. Wajib ke letak iklan ni? Keperluan ke? Kenapa perlu letak kalau nak blogging?
Bagi sesetengah newbie seperti AA , meletakkan iklan adalah satu keperluan dalam laman ini. Dah alang-alang berblogging, apa salahnya kita gunakan medan ini untuk menjana sedikit pendapatan sampingan. Bagaimana dengan perkembangan income bulanan blog anda? Berapa anggaran purata keseluruhan income blog anda? Berbaloi ke tidak? Alhamdulillah, blog personal AA yang pertama baru sahaja membuahkan hasil dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Anda pulak? Tak puas hati?
Apa pun yang anda kongsi dalam blog ini biarlah ikhlas dan penuh dengan kefahaman ilmu. Jangan kongsi ilmu-ilmu yang salah dan menyimpang daripada ajaran agama. Itu yang penting.
ADS HERE !!!
↑
CB