Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.
Masa yang singkat serta kelajuan yang pantas apabila malayari sesebuah laman memang menjadi perhatian dari semua blogger. Yang penting ini juga merupakan salah satu teknik SEO. Bayangkan, Pakcik Google tu nak letak ke blog anda dalam carian pertama sekiranya blog anda cepat macam siput? Oh, mesti tak lah. Jauh panggang dari bara! ( Betul ke peribahasa tu? ) Kalau dah loading pun lambat, mesti orang akan terus tekan [X]. Jangan tanya kenapa sebab anda sendiri mesti pernah alami kan? Setelah godek-godek pakcik Google yang hensem tu tadi, terjumpa banyak post blogger pasal nak Cepatkan / lajukan Loading Blog.
Pemerhatian pertama :
" Wahh! memang owsem lah. Banyak tips yang blogger lain sediakan. Bagus2! "
Tapi bila masuk, ermm, banyak yang indah khabar dari rupa. Mintak maaf lah AA " budak baru belajar ". Mesti pernah kan lalui detik-detik macam ni. Bila buka, berjanggut tunggu habis loading. Termasuk blog ni jugak kan? Eahh yeke? Baru aje buat test speed. Anda boleh test speed kat Speed Test, dan ini lah keputusan blog AA. Laju ke lambat? Ada orang kata kalau bawah 4saat, kira laju lah tu. Cuma saiz aje yang besar. Kalau saiz bawah 100kb adalah yang terbaik.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan kelajuan blog anda :
1. Pasang jquery.lazyload
Dashboard > Design > Add a gadget > Html javascript
Anda copypaste code kat bawah dalam box tersebut.

Kemudian tekan Save.
2. Letak Blog Archieve Dalam Scroll Box
Nampak Blog Archieve kat atas ni? Kalau letak dalam scroll box macam ni, banyak kelebihannya.
- Jimat Ruang
- Lebih Kemas
- Cepat Loading Blog
Untuk dapatkan ketiga-tiga kelebihan kat atas tu, anda perlu buat lah beberapa stepnya.
1. Dashboard > design > edit html > Expand widget templates
2. Tekan (ctrl + F), cari kod

3. Anda akan jumpa kod ini
sebelum kod

4. Gantikan kod
yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod kat bawah

ABC : Tukar ketinggian Scroll box
5. Preview. kalau tiada error, tekan save!
3. Elakkan letak auto play music / radio
Penggunaan auto music ataupun radio dalam sesetengah blog boleh menyebabkan page lambat loading dan memakan masa. Tambahan, bingit telinga lah. Kalau yang boleh Pause okey lah, ni yang auto dan memang tiada button pause. Sedikit sebanyak widget-widget begini akan mengganggu pembacaan entri anda dan tak mungkin, visitor/readers akan tekan [X].
4. Background Simple
Gunakan background blog dengan HTML colour sahaja. Kalau boleh, elakkan guna background yang di edit di Photoshop atau yang mempunyai banyak variasi gambar serta warna. Ini kerana background yang bergambar mengambil masa yang lama berbanding HTML colour. Tengok HTML colour kat SINI.
5. Widget
Penggunaan widget juga boleh mempengaruhi kelajuan blog anda. Cuba tengok balik, berapa banyak widget yang anda letak di sidebar blog anda? Kalau anda rasa banyak widget yang tak berapa nak berguna, sila lah buang dengan segera. Dan satu lagi yang agak penting, widget seperti Shoutbox @ javascript , sebaiknya letak dibahagian bawah. Sesebuah blog takkan loading daripada bawah, tetapi dari atas. Kalau kedudukan widget tersebut memang bersepah kat atas, alamaknya, visitors lari dulu lah. Nak tambah visitor tengok entri Tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog.
6. Elakkan Header Animation @ Format Gif
Sebelum ni AA pun pengguna header format Gif. Memang berat lah jugak. Jadi elakkan! Penggunaan header sebegini akan menyebabkan loading tersekat di header.
7. Home
Sebaiknya jangan letak 5-10 entri untuk satu page. Letaklah dalam kadar yang sesuai, 1-3 entri. Cepat sikit masa loading berbanding nak view 10 entri gedabak dalam satu page. :D
ADS HERE !!!