Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.
Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih ayah membawa bahagia. Sampai bila-bila pun, segala pengorbanan ayah dan ibu kita tak mampu nak balas. Anda ada kereta 10 buah, rumah 3/4 tingkat sekalipun, itu semua takkan mampu nak bayar semua kebaikan ibu dan ayah.
Mana ada Ibu dalam dunia ni jawab "nak beranak lagi" lepas aje bersalin. Tobat 90% jawab "taknak!". Tapi tahukah hakikatnya, tunggu lah tahun depan, hehe, mesti ada khabar gembira buat family dengan adanya pertambahan penghuni baru dalam rumah. Ni bukan gurauan semata-mata, tapi hakikat. Banyak yang saya dengar dari orang-orang tua termasuk mak sendiri. Itulah, bertuahnya menjadi wanita. :)
Berikut adalah fakta dan bukannya auta semata-mata tentang kelahiran.
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Bila dah baca, renung-renungkanlah pengorbanan seorang Ibu dan Isteri untuk melahirkan anak. Saya sendiri pun tak sanggup nak bayang kesusahan mak melahirkan diri ini. Mengalir air mata! 20 tulang patah dalam 1masa. Ya Allah! Subhanallah! Dalam ramai adik beradik, saya lah yang paling susah untuk dilahirkan. Saya tak sanggup nak menderhaka kepada mak. Dia adalah wanita paling indah, cantik serta mulia bagi diri ini. Mak adalah ratu hati selamanya.
ADS HERE !!!