|
Source : Google |
Sebelum saya memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang apa itu permalink?, saya nak tunjukkan kepada anda 2 situasi yang menerangkan kedudukan satu artikel mengikut url.
Melihat kepada dua-dua url tersebut, apa yang boleh saya simpulkan kepada anda adalah kepentingan customize url post semasa menulis artikel kerana penggunaan permalink boleh menunjukkan isi kendungan secara penuh apa yang dibicarakan di dalam artikel tersebut. Dalam kata mudah, hanya melalui url sahaja, anda dapat tahu artikel tersebut berkisar tentang "Cara backup data blog blogspot". Bandingkan pula dengan url yang kedua, "Cara backup data". Nampak terlalu umum. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, data apa ye?
Untuk mereka yang menggemari SEO, ini merupakan bahagian yang paling penting yang perlu di perhatikan sebelum anda klik Publish artikel. Anda perlu mengubah struktur permalink artikel anda supaya lebih mesra SEO. Untuk yang terbaik, permalink url anda mestilah mengandungi kata kunci yang anda targetkan. Apabila anda menulis artikel , url akan dijana secara automatik oleh Blogger. Contoh yang telah saya berikan andalah url yang kedua.
Cara Tukar Permalink Post - Sebelum di terbitkan.
A. Cara pertama yang akan saya tunjukkan adalah bagaimana cara untuk tukar permalink post yang belum di publish. Dalam kata lain, semasa anda sedang menulis artikel.
1. Semasa anda sedang menulis artikel, lihat pada bahagian kanan anda, dan klik bahagian Permalink.
2. Untuk menukar url yang automatik, klik pada custom Permalink. Tukar url yang dijana oleh Google mengikut pilihan anda dan pastikan keyword yang anda target, wujud di dalam url tersebut. Pastikan juga gunakan tanda dashed (-) untuk asingkan setiap perkataan di dalam url. Kemudian klik Done.
Cara Tukar Permalink Post - Selepas di terbitkan.
B. Cara kedua yang saya akan tunjukkan adalah cara menukar permalink setelah artikel di terbitkan. Untuk pengetahuan anda, anda tidak dibenarkan untuk mengubah url blog yang telah di publish sepertimana cara menukar permalink sebelum artikel diterbitkan. Mungkin ada sesetengah blogger yang copy keseluruhan artikel dan buat artikel baru dengan url yang lain. Ingat! Itu adalah satu kesalahan dan kemungkinan besar artikel baru yang anda buat itu mengambil masa untuk di serps di Google. Kan dah rugi! Lihat bagaimana cara untuk menukar url permalink setelah artikel di terbitkan.
p/s : Copy url lama anda terlebih dahulu.
1. Klik pada mana-mana artikel yang anda mahu tukar url > edit.
2. Klik pada Revert to draft.
3. Klik pada Permalink > Copy link lama dan save kat mana-mana > Tukar permalink baru > Done > Klik Publish
4. Artikel yang anda publish dengan url yang lama berkemungkinan mempunyai ranking yang terbaik di Google. Untuk mengekalkan kedudukan tersebut, anda perlu melakukan redirect URL. Lihat tutorial Cara redirect URL lama ke URL baharu Blogspot.
Harap artikel membantu anda untuk memahami dalam mengubah url Post Blogspot dan juga anda mendapat maklumat tentang bagaimana untuk menukar permalink selepas diterbitkan. Jika anda mendapati ini berguna kemudian berkongsi dan komen di bawah.
ADS HERE !!!