Cara Backup Data Blog Blogspot | Pernah terfikir atau tidak anda sebagai seorang blogger tentang cara backup data blog blogspot? Mengetahui cara yang betul untuk backup blog blogspot adalah sangat penting kerana perbuatan backup blog secara berkala boleh membantu dan menyelamatkan post serta komen yang ada di dalam blog sekiranya blog anda dihack dan penghapusan automatik oleh Google itu sendiri.
Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dan anda terpaksa membina blog baharu, gunakan teknik yang bakal saya tunjukkan di bawah. Setelah membuat sedikit eksperimen dengan membina blog contoh yang baharu dan import data ke dalam blog tersebut, saya dapati segala post lama boleh dikembalikan semula dan anda boleh meneruskan sesi blogging seperti sebelum ini walaupun telah kehilangan blog lama.
Tujuan backup data blog
- Menyelamatkan post blog sekiranya blog di hack atau automatik delete oleh Google.
- Hapuskan data-data yang tidak diperlukan di dalam blog selepas restore.
- Blogspot kan free untuk masa sekarang! Mana tahu nanti berbayar. Masih boleh import data ke Wordpress.
- Boleh import ke dalam blog baharu dengan domain / subdomain yang berlainan.
Cara untuk backup data blog blogspot adalah sangat mudah dan mungkin juga anda boleh menggunakan platform Wordpress sebagai salah satu cara untuk export data yang sedia ada tetapi untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk backup data blog blogspot dan menyimpan ke dalam komputer/laptop anda sahaja.
Cara Backup Data Blog Blogspot
Terdapat 2 langkah untuk backup data Blog Blogspot secara tepat dan selamat.
Pertama, saya akan tunjukkan cara untuk Export Blog. Export blog bermaksud anda download data blog dan simpan ke dalam komputer/laptop.
Kedua adalah cara untuk Import blog. Import blog bermaksud anda upload data masuk ke dalam blog dari folder komputer/laptop setelah blog di restore dan menggunakan blog baharu.
A . Export Data Blog
1. Login Blogspot > Klik Setting
2. Klik Other.
3. Lihat pada Blog Tools > Klik Export Blog
4. Satu popup akan keluar. Klik Download Blog dan simpan NAMAFAIL.xml blog anda di dalam folder komputer/laptop anda.
B . Import Data Blog
1. Login Blogspot > Klik Setting.
2. Klik Other.
3. Lihat pada Blog Tools > Klik Import Blog
4. Kemudian ikuti di bawah.
Sekiranya anda mahu melakukan proses restore blog kepada default dan membina blog baharu, lakukan proses B-Import Data blog. Sebagai peringatan, anda digalakkan untuk melakukan proses backup data blog sekurang-kurang 1 kali seminggu bagi mereka yang aktif berblog. InsyaAllah, untuk entri akan datang, saya akan berikan tutorial cara untuk backup komen.
ADS HERE !!!