Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24 tidak kira dua-duanya umur sama atau salah seorang daripada mereka. Kebanyakan mereka yang berkahwin awal ini terdiri daripada kalangan pelajar2 lepas sekolah ataupun pelajar2 koleh/universiti. Isu ini semakin hari semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Ramai yang beranggapan, berkahwin muda ini dapat menghindari mereka daripada terjebak dalam penzinaan.
Bagi AA pulak benda ni memang tak salah, tapi sudahkah kita ini bersedia dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani ( Hukum JERI ) ? Kalau rasa diri tu memang dah cukup lengkap dengan ilmu agama yang dapat membimbing pasangan, apa lagi nak tangguhkan benda yang baik? Bak kata orang benda yang baik jangan ditangguh2 kan..
Di bawah ini AA akan bagi 7 sebab kenapa AA setuju dengan tajuk yang AA buat hari ini. 7 sebab yang AA ingin kongsikan ini adalah datang daripada lubuk hati sendiri. Apa yang AA suka apa yang AA tak suka.
1. Ingin memenuhi separuh daripada agama.
MasyaAllah. Perkahwinan adalah merupakan sebahagian daripada agamanya. Sekiranya kita dapat memenuhi tuntutan ini, maknanya kita telah menyempurnakan separuh daripada agama kita kepada Allah s.w.t.
Anas bin Malik ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)
Selain itu, sekiranya kita sudah mendirikan masjid, InsyaAllah akan ada seseorang yang akan sentiasa mengingatkan / menasihatkan kita daripada pelbagai segi sama ada dalam pengajian agama, pendidikan serta persekitaran.
2. Sudah ada yang berkenan.
Alhamdulillah. Sudah ada yang berkenan bukan bermakna AA perigi mencari timba. Tetapi seseorang telah Allah kirimkan bagi menjaga AA buat masa akan datang. Bukan untuk menunjuk2 serta berbangga, tetapi cukuplah dengan seseorang yang mampu memberi aku sedikit kebahagiaan dihati serta merupakan seorang lelaki yang soleh, taat pada perintah Allah, baik, peramah, manis dengan senyuman serta mampu menjadi seorang Abah kepada anak2 AA kelak. InsyaAllah.
3. Menjaga hati, mata serta diri.
Hati merupakan raja segalanya dalam tubuh seorang manusia. kalau baik hatinya, maka baiklah segala anggota yang lain. Tak dinafikan AA sebagai seorang hamba punyai banyak kekurangan yang tak mampu AA lari dan tutup dalam diri AA. Bukan manusia kalau tiada nafsu tetapi hanya iman sahaja yang akan mendorong kita ke arah kebaikan atau keburukan. Dan apa kaitannya dengan perkahwinan? Melalui perkahwinan kita dapat menyumbang sesuatu perhubungan yang halal serta diredhai oleh Allah. Melalui perkahwinan juga aku mampu menjaga hati, pandangan AA terhadap lelaki bukan muhrim serta mencegah diri daripada terjebak dengan zina.
4. Teman kala suka dan duka.
Hidup tak mencabar kalau tiada pengalaman serta dugaan. Kehidupan kita bukan hanya terhenti di alam dunia sahaja tetapi diteruskan lagi di alam akhirat yang kekal abadi. Bagi AA, biarlah lelaki yang bakal mendampingi diri kelak merupakan orang pertama dan terahir yang akan berda di samping AA. Harta serta pangkat bukanlah jaminan kebahagian dalam kehidupan. AA mengambil contoh Mak dan Ayah AA. Walaupun mereka bertemu jauh dihujung Malaysia, tetapi syukur alhamdulillah, mereka hidup bahagia disamping AA dan adik2. AA harap dia mampu menjadi teman perjuanganku dikala AA sedih dan ketawa riang.
5.Abah kepada bidadara dan bidadari AA kelak.
Ya. AA nak seorang lelaki yang sanggup menjadi seorang Abah dan penghibur buat anak2 kelak. Tapi itu semua atas rezeki masing2, moga2 AA dan bakal pendamping kelak beroleh anak2 yang soleh dan solehah hasil daripada acuan kami berdua. AA tak minta lebih dia, tapi cukuplah seorang Abah yang mampu menyara anak2 dia sejak hari pertama dilahirkan sehinggalah anak2 tu membesar dan berjaya menjadi seorang anak yang taat pada perintah Allah dan mentaati perintah kedua2 ibu bapanya. Doa anak yang soleh/ solehah juga AA harapkan tatkala aku tiada lagi dibumi Allah ini. Kerana kalau kita meninggal, hanya 3 perkara sahaja yang boleh di bawa ke alam kubur :
1. Sedekah ( amal jariah )
2. Ilmu yang bermanfaat.
3. Doa anak yang soleh
Allahuakbar! Sekiranya AA ditakdirkan pergi dahulu ketika bertarung nyawa melahirkan anak, itulah satu2nya anugerah paling indah dalam hidup. Doa anak yang soleh, jagaan seorang Abah itulah yang AA harapkan.
6. Rasa tanggungjawab.
Kata orang masa muda ni lah, kita boleh buat macam2 benda. Nak keluar dengan kawan2, pergi lepak sana, lepak sini, makan tidur je kan. Tapi bila dah kahwin, kita akan mulai rasa tanggungjawab kita sebagai pasangan suami isteri. Tiada istilah dah orang lelaki selalu keluar malam , lepak dengan kawan2 semata2 nak minum teh tarik warung mamak. Maka dengan perkahwinan, segala perkara sebegini dapat menghindarkan daripada melakukan perrkara sia2 / lagho.
Tanggungjawab si isteri --> menyediakan makanan, jaga pakai minum suami, layanan suami, rumah, kerja. Tanggungjawab si suami --> nafkah isteri, rumah, bil api, bil air, bayar kereta, sewa rumah, yuran anak sekolah, beli makanan dapur. Kalau nak list satu2 memang banyak tak terkira, tapi itulah yang harus ditempuhi. Kalau gaji RM10k keatas okey lah nak relax sikit, tapi kalau kerja pun macam tak kerja duk melangot je kat umah, macam mana nak lunaskan semua tanggungjawab tu kan?
Fuh...Jiwang pulak kan. Tu semua hasil pendapat AA kenapa aku setuju kalau ditakdirkan jodoh sampai awal. Tak pula AA menolak, tak pula AA memberi alasan... Okey2, korang still tak bosan lagi kan, ni bonus lah untuk korang sebab sudi baca blog AA...Last reason AA untuk entry kali ni.
7. Dapat menantu lelaki / Abang ipar / Timang cucu.
AA nak kahwin awal ni bukanlah sebab gatal gelenyar nak kahwin, tapi AA memandang dari aspek agama serta keperluan diri. Erm memandangkan AA ni anak perempuan, sulung pulak tu, mestilah mak ayah AA nak rasa juga menimang cucu kan? ==" hahaha! Ini bukan gurauan tetapi hakikat. AA merupakan anak sulung, cucu sulung pulak tu. Jarak umur dengan yang ke-2 pulak 4tahun. Nak taknak, aA lah yang kena kahwin dulu. Bukan setakat bakal dapat timang cucu, mak ayah AA pun dapat lah sorang menantu yang baik serta soleh yang boleh jaga anak perempuan dia yang nakal ni kan. ^^, hehe.
Adik2 AA pun dapat lah juga berasa kasih sayang sorang abang. tak gitu? Tapi apa yang sedih, Atuk dah pergi dulu. Belum sempat dia nak timang cicit. InsyaAllah atuk, kita jumpa di "sana" nanti.. :')