Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.
Siapa-siapa nak join, klik banner tu ok. Tiada due date.
Dah lama tak join segmen-segmen ni. Tapi bila tengok FizGraphic post, rasa nak join pula. Nak bagga sikit dengan Negeri sendiri.
Memandangkan Apit pun tak berapa kenal dengan hamba kan, mai hamba cerita sikit-sikit lah sejarah hidup hamba ni.
Haaa, nampok binatang atas ni?? Tak nampok kena klik lah gambo tu baru nampok ape. Hehe. Terlebih loghat tranung pulak kan. :) Memang lah, AA ni adalah blogger dari NEGERI TERENGGANU ( KEMAMAN ). Sekali lagi NEGERI TERENGGANU. GANU KITE.
Apit tanya kan apa yang istemewa TERENGGANU ni kan? Kalau nak list tu, memang sampai bila-bila pun takkan habiskan. So, setakat apa yang saya lalui dan nampak kat TERENGGANU ni -
1. TAHUN 2013 TAHUN MELAWAT TERENGGANU
Haa, dah tu mari lah melawat Terengganu tahun ni. Ada rezeki lebih, boleh wat balik sekor penyu. Wat bela letak lam akuarium ek! :)
2. USTAZ AZHAR IDRUS ADA KAT TERENGGANU
HA, ni lagi satu yang spesial! UAI ada kat sini. Zizan pun ade. Korang ade?
Saya adalah salah sorang peminat UAI. Ceramah beliau best!
3. MAKANAN TERENGGANU
Nasi Dagang Terengganu. Sekitar Terengganu. Semua tempat ada. Jangan bimbang.
Satar Terengganu. Banyak di Kemaman
Ni orang panggil OTAK OTAK. Banyak kat Kemaman.
Keropok lekor. Rugi lah sape2 yang tak bawak balik umah.
4. BANYAK TEMPAT MENARIK
Kalau nak cerita satu2 memang banyak lah. Kat Terengganu ni banyak Pulau2 yang menarik dan cantik seperti Pulau Kapas dan Pulau Redang, Pantai Rantau Abang, Kuala Abang, Pantai Kemasek, dan Petroleum Kerteh ( menarik waktu malam, full lampu ). Kat Pulau - Pulau tu semua, saya tak pernah pergi pun sana lagi, tapi dengar cerita, best. Jernih air kat sana. Layan gambar Pulau Redang jap.
Dan kalau nak best lagi, pergi lah masuk kat TASIK KENYIR! Ha, yang ni saya dah pergi. Zaman sekolah dulu ada camp. Best sangat. Pergi camp 3 hari, tidur kat kawasan camping ( dalam 3,4 jam perjalanan dari jeti Pengkalan Gawi ). Dekat2 dengan kawasan camping tu pulak, ada sebuah Gua. Gua Bewah namanya. Gua ni dikatakan Gua yang Tertua di Asia Tenggara kot? Haha, tak ingat! Baca SINI dan SINI kalau nak tahu lebih lanjut.
Ni beberapa gambar kat dalam Gua Bewah.
5. SEBAB ADA AWEK-AWEK CUN
Adakah ini pertanyaan atau fakta??? Hehehe. Lu Pikir Lah Sendiri seperti mana Saleem cerita dalam lagu kat bawah ni. Layaannnn
ADS HERE !!!