Iklan Advertlets Lebih Bagus Dari Nuffnang
P ertama kali, AA nak bagitau ada sebab kenapa AA buat post begini. Mungkin kerana terluka dengan Nuffnang apabila Status Glitterati Di Buang . AA tak perasan bila, mungkin pagi tadi sebab semalam tengok still lagi glitterati. Bukan lah kerana terlalu kecewa, tetapi AA rasa sudah tiba masanya untuk AA mencari periuk nasi yang lain. Bak kata orang, yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.Rezeki, InsyaAllah ada kat mana-mana. Paling penting, AA buat blog ni bukanlah semata-mata nak buat duit. Seboleh-bolehnya menyelam sambil minum air. Cuba klik satu iklan Advertlert kat tepi ni. :)
K enapa AA tukar selera dengan tiba-tiba? Maaf ye Nuffnagers semua. Bukan niat nak curang ataupun sedih hati dengan Encik Nuffnang. Nuffnang sendiri takde lah kedekut nak bagi duit kat blogger. Cuma rate untuk dapatkan nilai per klik tu agak susah bagi AA. Yela, tak ramai yang nak datang sini. So, takde lah earnnya kan. Nuffnang sendiri pun ada bagi duit ribu-ribu kalau lihat pada pencapaian blogger-blogger terkenal seperti Red Mummy dan Beautifulnara . Jeles pulak tengok mereka.
Tapi boleh AA senaraikan blogger terkenal dan tak kurang hebatnya : Ben Ashaari guna advertlets. So, masing-masing ada sebab dan musabab kenapa mereka memilih perkhidmatan tersebut.
Sekarang AA akan listkan beberapa kelebihan serta kekurangan advertlets ni. Biasa lah, apa-apa benda pun ade lebih, ada kurangnya kan.
Iklan Advertlerts lebih cepat respon berbanding Nuffnang. Kalau register, terus dapat pasang kat blog.
Advertlets tak letak apa-apa syarat khas untuk memohon menggunakan perkhidmatan mereka. Free je sama macam Nuffnang.
Part paling best, iklan yang dikeluarkan oleh Advelerts menggunakan sistem cookies. Ia memastikan iklan yang masuk dalam blog kita ni tak lah berulang banyak kali.
Advertlets tiada status Glitterati seperti Nuffnang. So, tak kisah kalau letak iklan lain pun. Hehe
Dan Kelebihan yang paling paling paling best adalah, kurang persaingan berbanding dengan blogger lain. Mungkin dalam 90% yang menggunakan perkhidmatan Nuffnang. Bila guna Advertlets, tak lah risau sangat.
Rajin Blogwalking kat blog-blog orang, satu petanda yang baik dan anda harus/wajib pakai Advertlets.
Loading iklan Advertlets laju!! Cuba klik older post. Iklan keluar dulu berbanding page.
Pendapatan Nuffnang dan Advertlets yang mana lagi laju naik? Of course lah Advertlets. Baru aje join hari ni, AA dah dapat RM0.002. Takpe, slow-slow ok.
Makin ramai masuk blog anda, makin banyak pageview, makin bertambah duit poket anda. Ia tak perlu pun nak harap orang klik. Kalau dah trafik tinggi, better guna Advertlets. Fikir-fikirkanlah.
RM100 baru boleh cashout. InsyaAllah, dalam masa beberapa bulan ni target nak Dapatkan Trafik Tinggi dalam blog.
Jumlah earning diupdate dalam kadar yang cepat.
Kata orang, tempoh masa untuk cashout lambat. Perlu try dulu. Kita tengok keputusannya macam mana kan.
ADS HERE !!!
↑
CB