Kadang-kadang Allah beri bahagia pada kita supaya kita mensyukuri nikmat gembira yang diberikan olehNya. Kadang-kadang Allah menarik nikmat itu dan uji kita dengan pelbagai rasa. Gembira, sedih, kecewa. Walaupun tak semua kebahagiaan yang kita harapkan menjadi kenyataan. Dia menguji kita kerana cinta pada hambaNya. Sebagai hambaNya, kita perlu menerima segala ujian dariNya dengan hati yang terbuka. Wajib kita percaya pada rukun iman yang ke-6 iaitu Percaya Pada Qada' Dan Qadar. Moga kita sama-sama renungkan dan sentiasa mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah.
ADS HERE !!!