Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.
- Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.
- Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.
- Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.
- Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
- Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.
- Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.
- Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.
- Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di hp, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.
- Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
- Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!
- Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.
- Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh mebuatnya seorang diri.
- Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.
- Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.
- Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh lecturer tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.
- Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.
- Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.
- Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya.
- Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.
- Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.
- Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.
- Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan anda.
- Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.
- Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa sahaja.
- Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
- Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
- Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.
- Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
- Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.
- Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
- Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.
- Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.
- Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.
- Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.
- Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?
- Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia seorang sahaja.
- Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.
- Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda.
- Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
- Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.
ADS HERE !!!