Cara 1 : Hanya melakukan perkara yang SAMA setiap masa, setiap hari bertahun-tahun...sama je perkara yang kita buat, tempat yang kita pergi. Cara pemikiran, pendirian hidup semua sama. Ini pasti akan buat anda gagal dalam cinta KERANA, apabila ianya sudah lama begitu, perhubungan anda akan bertambah bosan hari ke hari asyik sama je. Lama-lama mulailah mencari orang lain, sebab nak rasa different!
Cara 2 : Terlalu MUDAH! Minta apa-apa dengan anda, begitu mudah dia dapat. Minta you buat apa-apa pun dengan mudah juga you lakukan. Malah you biar je apa dia nak buat ikut suka hati dia! Hehe... secara psikologi, mula-mula dia akan suka, lama-lama dia akan rasa anda bagaikan seorang yang boring, ini akan membuatkan pasangan anda juga akan boring dengan anda.
Cara 3 : ASYIK BERKEPIT hehehe. Sesetengah orang memang la suka kan, tapi selalunya awal-awal perhubungan je la. Lama-lama rimas! Anda pasti akan ditinggalkan jika itu yang anda asyik mahu setiap masa. So, instead sedari awal lagi jangan amalkan asmaradana berkepit setiap masa,
Cara 4 : HANYA DIA. Dialah kekasih, dialah kawan, dialah pasangan anda hidup dan mati, pasangan anda sampai bila-bila? Cara pemikiran dan tabiat ini hanya akan membuatkan pasangan anda merasakan anda tidak menarik! - Berkawan biar seribu orang tua-tua kata... so carilah kawan ramai-ramai, berkawan dan keluarlah melakukan aktiviti-aktiviti tanpa pasangan, ini akan membuatkan dia merasa agak risau, takut kehilangan anda.
Cara 5 : MENURUT PERINTAH. Memang dia akan suka la kalau you turut saja apa yang diperintahkan. Memang dia akan happy bila semua kehendaknya dituruti. Akan tetapi, again anda akan menjadi terlalu biasa, tidak mencabar, dan tidak ada pendirian hidup apabila anda hanya menurut perintah. Anda sure gagal dalam cinta!
TIP : Secara asasnya, perkara yang paling penting untuk anda lakukan adalah memberi cabaran kepada dia, dan mempamerkan diri anda seorang yang bukan boleh dipermainkan. Caranya, simple je.Jangan terlalu mudah dan murah, kena mahal. Jangan terlalu mengikut caranya, tetapi buatkan agar dia ikut cara anda. Hilangkan diri buat seketika agar dia tercari-cari, untuk menimbulkan rasa risau di hatinya, agar dia tidak ada masa untuk memikirkan yang lain!
Sumber : Kiriman Emel
ADS HERE !!!