Teringat kata-kata Ustaz semasa dibangku sekolah dulu.
" Manusia yang sombong dan angkuh tidak layak berada di muka bumi Allah s.w.t, tetapi dia layak untuk sombong sekiranya dia mampu melakukan 3 perkara ini ".
Tersentak bila terdengar kata yang dikeluarkan. Tapi memang setuju dengan apa yang ustaz tu kata. Memang benar dan tak menafikan seperti mana Sabda Nabi s.a.w :
Sabda Nabi s.a.w :
Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang,
walaupun sedikit, memiliki rasa sombong.
-Riwayat Muslim
Manusia dijadikan daripada setitis air mani. Air mani yang teramat hina sehingga memandangnya pun tiada siapa yang mahu mengaku. Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat-sangat istimewa kerana dalam berjuta, kitalah juara! Juara apa? Juara dalam sukan? Juara dalam belajar? Bukan! Tapi kitalah juara menumpaskan antara berjuta-juta sperma yang ingin masuk ke ovari untuk membentuk embryo. Selepas itu roh ditiupkan. Semua umat manusia berjanji untuk sembah, sujud dan taat kepada perintah Allah. Tetapi sekarang di mana janji itu semua? Kenapa kita mengingkari segala perintahnya? Kenapa kita menjadi manusia yang sombong di muka bumi Allah ini setelah janji yang telah kita buat?
Allah Maha Pemberi. Segala nikmat yang kita dapat di dunia ini tidak kira lah, makanan, harta berjuta-juta, rumah 10 tingkat, kereta mewah setengah juta, itu semua datang dari mana? Jatuh bagai durian gugur dari langit? Masih mahu menafikan semua yang kita terima itu adalah pemberian daripada Rabb Yang Satu? Tanpa keizinanNya, kita takkan dapat merasainya dan mendapat apa yang diingini.
Bebalik pada cerita ustaz itu. Ustaz menyatakan " Manusia layak untuk sombong sekiranya dia mampu melakukan 3 perkara! ". Apakah 3 perkara itu?
- Jangan tinggal / duduk / menetap di muka bumi Allah - Cari tempat lain untuk duduki, buat planet sendiri ke, buat galaksi sendiri ke. Manusia sebegini tidak layak untuk merasai segala apa yang telah Allah wujudkan di seluruh alam ini.
- Layakknya duduk di awan-awangan - Cari rezeki sendiri, buat rezeki sendiri, jangan sesekali harap ada siapa-siapa yang nak bagi rezeki kat diri. Yang penting jangan minta rezeki daripada Allah.
- Seandainya Malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa - Tanya pada Malaikat Izrail tu " Ni datang nak buat apa kat sini? ". Kalau Malaikat Izrail kata " Aku datang untuk mengambil nyawamu ". Apa yang perlu dibuat? Kau sepak terajang Malaikat Izrail tu.
Anda boleh buat 3 perkara yang dinyatakan di atas tu? Mampu ke? Kalau tak mampu, tak payah lah nak mendabik dada dengan pangkat, kelebihan, ketinggian darjat yang ada pada diri anda. Jangan SOMBONG! Kita semua ni sama sahaja. Pakaian kita yang terakhir pun sama aja! Kenderaan terakhir kita pun sama sahaja! Untuk apa kita berbangga sedangkan kita ini kerdil dan hina di sisi Allah. Allah kisah kalau anda bangga dan sombong? Allah tak kisah tapi segala apa yang anda lakukan di dunia ini akan sentiasa tercatit. Segalanya akan dibicarakan di akhirat kelak!
Besyukurlah dengan apa yang telah Allah berikan pada kita selama ni. Jangan sesekali mengeluh serta menunjukkan rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku. Walaupun tiada pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun, keturunan bangsawan, rumah bagai istana, cukuplah sekadar Iman dan nikmat lain yang telah Allah bagi untuk kita. Nikmat Iman yang Allah bagi pada setiap Muslim di bumi ini adalah nikmat yang paling besar dan terindah.
ADS HERE !!!