Hari ni AA nak share satu artikel yang dipetik dari Muka Buku.
Bila sebut pasal lidah semua tahu apa fungsi lidah kan? Kita dianugerahkan lidah oleh Allah SWT sebenarnya untuk pelbagai fungsi terutamanya untuk merasa makanan dan sebagainya. Tapi Awas! Jangan guna lidah untuk menjilat sampul surat dan setem!
Lidah juga sangat penting untuk membolehkan kita berbicara? Apa akan jadi kalau kita tidak mempunyai lidah? sudah tentu kita tidak dapat m
erasa makanan dan bertutur dengan baik.
Malangnya zaman sekarang ramai menggunakan lidah untuk melakukan perkara yang tidak baik iaitu untuk memfitnah, menuduh, menipu, mengumpat mencarut dan sebagainya.
Sebab lidah juga kita boleh bergaduh! benar bukan bak kata pepatah melayu, “sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”.
Disebabkan lidah yang melontarkan kata-kata tertentu ianya juga boleh mendatangkan masalah besar dalam kehidupan kita. Jadi, kita hendaklah sentiasa mengawal lidah kita dari melakukan perkara yang sia-sia..
Rasulullah ada menjelaskan bahawa kesilapan akibat keterlanjuran lidah akan mengundang bencana besar di akhirat kelak.
Kata Baginda, “Sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Abu Naim) Pesan Baginda lagi, “Seorang mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.” (Hadis riwayat Bukhari).
ADS HERE !!!