Kali ni nak kongsi dengan anda semua fakta menarik tentang coklat. Siapa kat sini minat dengan coklat? jangan tipu-tipu bulan puasa macam ni. Rasanya hampir 90% yang minat kat coklat ni. Tak kira lah apa pun jenama coklat tu, Cadbury ke, Tobelerone ke, Daim ke, ferrero rocher ke, yang penting ianya sedap dan seperti mana yang AA nak bagitau hari ni, coklat sebenarnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Ramai yang kaitkan, kalau makan coklat, gigi boleh rosak, tapi tu sebenarnya, "omong-omongan" kosong semata-mata. Tu bukan faktanya. Memang lah gigi rosak kalau makan coklat tak basuh gigi, tapi punca utama kerosakkan itu bukan datangnya daripada coklat. Ada faham?
Jom kita tengok beberapa fakta menarik yang anda tak tahu pasal coklat kesayangan anda ni.
- Memberi Ketenangan : kenikmatan rasa, aroma dan kelazatan coklat disebabkan oleh pengeluaran pelali semula jadi yang mampu meningkatkan mood serta memberi rasa tenang dan bahagia kepada pemakan.
- Tidak meyebabkan jerawat : Punca utama pertumbuhan jerawat adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan kita sendiri serta pemakanan yang tidak teratur seperti memakan makanan minyak yang berlebihan, bukannya disebabkan coklat.
- Bukan penyebab karies gigi : Tanin dalam gigi membantu mencegah karies gigi dengan cara mengurangkan plak. Asid Oksalid yang ada dalam coklat pula membantu mengurangkan asid.
- Tidak menggemukkan : Kajian menunjukkan bahawa tiada makanan tertentu yang menyebabkan kegemukkan tetapi yang membuatkan seseorang gemuk adalah kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang.
- Penghidap diabetes boleh makan coklat : Kajian oleh Persatuan Diabetes Britain , Amerika dan Mlayisa menunjukkan pengambilan makanan bergula dalam jumlah terhad boleh diambil sebagia diet tinggi serat dan rendah lemak.
Cukup dengan 5 fakta menarik yang anda tak pernah tahu pasal coklat? Nak lagi? Tunggu entri pasal Kebaikan Coklat Kepada Tubuh Badan pula nanti.
ADS HERE !!!