Solat Dalam Sudut Sains
Seseorang yang sedang melakukan solat perlu berdiri tegak dan fokus. Solat yang dilakukan dengan kusyuk merupakan penawar masalah tekanan. Posisi berdiri tegak pula memberikan keseimbangan dan posisi takbir serta lantunan bacaan mampu melancarkan perdaran darah.
Pergerakan dalam solat yang melibatkan berdiri tegak , rukuk , duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpakan sebagai senaman ringan yang boleh mengurangkan lemak dalam badan serta membantu melambatkan proses penuaan.
Pergerakan semasa rukuk dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyeimbangkan kandungan air dalam badan serta melancarkan fungsi buah pinggang.
Rukun rukuk , sujud dan duduk dapat merehatkan jantung serta mengekalkan kekenyalan arteri bahagian jantung.
Solat yang penuh khusyuk dapat mendatangkan ketenangan dan amat baik untuk mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi serta menguatkan daya ingatan.
ADS HERE !!!
↑
CB