Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini memiliki ciri-ciri diri yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Contohnya, rambut. Ada manusia yang dilahirkan memiliki rambut yang lurus, ada yang berambut ikal dan keriting. Ada yang merasa rendah diri apabila dilahirkan mempunyai rambut yang keriting dan ikal.
![Tips Penjagaan Rambut Kerinting Dan Ikal Tips Penjagaan Rambut Kerinting Dan Ikal](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwJDqXinV42MKPB8D_yqwLkNdEd9W2wvh0qdqQjIEnmu_fhCZZqZTmAIe4BCg4qpvvpXGW6ABk-qcTEH1cER6981nfU8MS6lH74B9Zd019G55NtX1h1ZQ0TZokfEH2YfvikikbsaX7QY8/s1600/lee-min-ho-04.jpg) |
Ini lah rambut yang macam dulu-dulu. Macam Lee Min Ho Dalam Cerita BOF |
Saya merupakan salah seorang yang telah dilahirkan dengan berambut ikal dan kering. Kadang-kadang rasa rendah diri juga dengan rakan-rakan yang memiliki rambut yang lurus, sihat dan tidak bermasalah.
Bertahun-tahun juga mencari penyelesaian untuk membaiki struktur rambut supaya sihat dan membuatkan ia menjadi lurus. Pelbagai jenis syampoo dan perapi yang saya gunakan tetapi langsung tidak membantu. Sampai lah satu hari, saya diperkenalkan oleh senior, syampoo dan perapi yang bebas paraben dan sulfat yang membantu untuk membaiki rambut keriting, ikal, berkelemumur, kering dan gugur teruk. Solusinya ialah Syampoo Herbalife AQUA. Nanti saya akan ceritakan kelebihan menggunakan syampoo herbalife aqua dan cara penggunaan untuk memaksimakan kesihatan rambut anda.
![Syampoo AQUA Herbalife Syampoo AQUA Herbalife, kelebihan Syampoo AQUA Herbalife](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC_oKt5LqVnnP5AyT0TOShQBUrmrYNN-Lb9NKqBnM0bEsfRfAKUlJ3PXYEshpK0eU8KUnFutcSzq_EqLlAn09ID2ob64klxskaej0ZVgSSpGFYchbXHj2NWX1A0u2JDvVGO1qJcdPwPXM/s1600/1899998_805975299429769_2074665316_n.jpg) |
Syampoo dan conditioner AQUA Herbalife |
Penggunaan syampoo berparaben penyebab rambut gugur
Seperti yang saya katakan sebelum ini, pelbagai jenis syampoo telah saya cuba dan hasilnya juga tetap sama. Dari hari ke hari, rambut saya semakin gugur teruk. Boleh dikatakan, setiap kali melurut rambut, rambut yang gugur lebih daripada 100helai. Kalau dahulu rambut saya sangat tebal, tapi sekarang semakin menipis. Setiap kali menyikat rambut, sejemput rambut akan melekat pada sikat! Apabila mandi juga begitu. Di lantai-lantai pasti ada helaian rambut yang bermaharajalela.
Apakah penyebab rambut gugur teruk? Jawapannya adalah paraben. Paraben adalah sebatian kimia para-hydroxybenzoic asid dan ia digunakan sebagai bahan pengawet dan bahan kimia yang kuat yang digunakan untuk mengekalkan produk kecantikan - itulah sebabnya mereka didapati dalam banyak produk termasuklah syampoo dan conditioner. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat, boleh didapati secara meluas, dan kos yang sangat sedikit untuk mengeluarkan dan menggunakan. Hampir semua parabens digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan tidak berlaku secara semula jadi.
Kajian telah menunjukkan bahawa paraben meniru hormon wanita, iaitu estrogen. Mereka telah saintifik dikaitkan dengan pembangunan beberapa jenis kanser payudara. Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa paraben tertentu menjejaskan rembesan testosteron dan fungsi sistem pembiakan lelaki. Mengapa pengeluar akan menggunakan apa-apa bahan yang berbahaya? Paraben adalah sangat murah dan mereka gunakan untuk melanjutkan tempoh kegunaan sesuatu bahan dalam masa 2tahun penggunaan. Tanpa beberapa jenis sistem pemeliharaan dan penggunaan paraben, anda perlu menyimpan semua produk kecantikan anda di dalam peti sejuk dan itupun, mereka tidak akan bertahan lama.
Selain itu, keupayaan parabens untuk meniru estrogen dalam badan wanita telah terbukti memburukkan sesetengah daripada kesan-kesan sampingan pengambilan syampoo dan conditioner dalam jangka masa yang panjang. Salutan kimia silikon membantu rambut berasa lembut dan licin dalam jangka pendek, sebenarnya boleh menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang, seperti pecahnya rambut dan juga keguguran rambut yang teruk.
Kebaikan Syampoo AQUA Herbalife bebas paraben dan sulfat
Aqua Herbalife adalah satu-satunya syampoo yang bebas paraben dan sulfat. Sepanjang penggunaan selama 4 bulan, antara kelebihan syampoo dan conditioner AQUA Herbalife adalah :
1. Rambut kurang gugur ( Kurang 10helai sehari rambut gugur)
2. Rambut ikal dan keriting menjadi lurus
3. Rambut lembut dan halus
4. Rambut licin dan berkilau
5. Rambut wangi
6. Tiada kelemumur
7. Tiada lagi rambut hujung bercabang
8. Rambut tidak berbuah
Itulah keadaan rambut saya sekarang. Nak upload gambar tapi tak boleh. Tapi apa yang saya boleh katakan, rambut tu memang ada perubahan yang sangat ketara. Kalau dulu rasa macam bulu penyapu yang warna hitam tu, sekarang dah lebih lembut. Kalau dulu rambut gugur sana sini, kini tiada lagi. Kalau dulu kelemumur bermaharajalela, sekarang kulit kepala sihat setia. Dan Alhamdulillah, saya kini lebih percaya pada syampoo yang bebas paraben untuk rambut yang sihat dan kuat.
Paling best tentang syampoo ni, anda boleh rasai kelembutan sejak kali pertama menggunakannya.
![Tips Penjagaan Rambut Kerinting Dan Ikal Tips Penjagaan Rambut Kerinting Dan Ikal](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlbxcCt4CPIgmfdsKdz2WAyl2EiRs2BHTPGrtEetR_ItyevBKwkMdFM58iHR97_FFmKskTs2Ah89iJrV5vUmFV7vzbeOi1UnXr0IT6DnETZ-GvH1R8rid1KobWBU82G-nvgHYGvYU4gO4/s1600/minho-7-800x450.jpg) |
Rambut berkilau, sihat dan lembut macam rambut Lee Min Ho setelah penggunaan AQUA Herbalife :) |
Kelebihan syampoo AQUA Herbalife bebas paraben dan sulfat
Syampoo ini tiada khusus penggunaan kepada wanita sahaja. Lelaki termasuklah budak-budak juga turut boleh menggunakannya.
Cara menggunakan AQUA Herbalife bebas paraben dan sulfat
Caranya sama seperti pemakaian syampoo dan conditioner yang lain.
Basahkan rambut dan syampoo rambut dengan syampoo AQUA herbalife. Kemudian basuh dan remas air yang ada pada rambut.
Picit botol conditioner AQUA herbalife dan sapu pada rambut. Tempat yang paling penting untuk anda sapu adalah kawasan hujung rambut dan rambut kawasan luar. Kemudian urut di bahagian kulit kepala anda untuk penggunaan yang maksimum. Biarkan selama beberapa minit (3-5minit). Bilas dengan air hingga bersih.
Untuk hasil yang sempurna, gunakan syampoo dan conditioner 3kali seminggu. Anda juga boleh gunakan hari-hari sebab syampoo dan conditioner ni bebas paraben dan sulfat. Tetapi memadai dengan 3kali seminggu. Hasil pun berbaloi-baloi.
Cara membeli AQUA Herbalife bebas paraben dan sulfat
Carilah rakan-rakan atau agen yang menjual produk Herbalife ini. Salah seorang yang saya boleh rekemenkan adalah senior saya >>
Paan Cool. Boleh contact beliau di Facebook. COD kawasan Kuala Terengganu.
Harga AQUA Herbalife bebas paraben dan sulfat
Harga RM96 untuk dua-dua produk.
RM48 untuk syampoo.
RM48 untuk conditioner.
Tetapi kalau anda daftar jadi ahli sebanyak RM94 sekali seumur hidup, anda boleh dapat potongan harga yang jauh lebih murah.
RM37 untuk syampoo and conditioner. Jumlah harga RM74 sahaja.
Mungkin ada yang rasa harganya sangatlah mahal! kan? Anda jangan risau, 1 botol syampoo dan conditioner ini akan tahan lebih kurang 5-6bulan dengan penggunaan secara berkala. Berbaloi tak sekiranya hasil penggunaan adalah rambut yang sihat, keriting menjadi lurus dan tiada langsing kelemumur? Mestilah berbaloi kan? :)
Jangan fikir beli yang murah semata-mata tapi boleh mendatangkan keburukan dalam masa yang panjang! Rugi duit, rugi kesihatan.
Tips Penjagaan Rambut Keriting Dan Ikal
1. Untuk mereka yang mempunyai rambut keriting dan ikal seperti saya, carilah syampoo AQUA
Herbalife ini sebagai langkah utama untuk membaiki struktur rambut anda.
2. Selepas membasuh rambut, jangan keringkan dengan tuala / gosok dengan tuala. Sebaliknya, keringkan
dengan menggunakan kipas atau biarkan tertutup dengan tuala.
3. Pakai sikat yang bergigi jarang semasa rambut sudah kering.
4. Sisir rambut basah dengan jari.
5. Pakai masker seminggu sekali. Gunakan yang organik seperti santan dan minyak zaitun.
6. Sisir rambut sebelum mandi, bangun tidur dan sebelum tidur.
Terima kasih juga pada Herbalife yang membuatkan saya lebih yakin untuk mencuba produk-produk mereka walaupun belum berkesempatan lagi untuk mendaftar sebagai ahli Herbalife yang rasmi. Mungkin lepas ni boleh tawarkan diri untuk menjadi ahli sekaligus menjadi pengedar rasmi. :)