Biskut almond london adalah salah satu biskut tradisi yang paling popular apabila tiba hari raya. Resepi biskut almond london yang enak dan original sering dicari oleh suri rumah untuk disediakan pada hari raya. Oleh yang demikian, saya akan kongsikan kepada anda resepi biskut ini yang sebenar yang telah diilhamkan sendiri oleh ibu saya selepas mencuba beberapa resepi asal yang diperoleh melalui buku-buku resepi. Resepi yang bakal saya kongsikan kepada anda bakal menghasilkan biskut yang rangup tapi lembut serta cair dimulut dan yang pasti anda sendiri akan menyimpan resepi ini untuk raya yang akan datang.
InsyaAllah dengan perkongsian ini, diharapkan pelawat yang datang ke rumah anda pada hari raya nanti akan memuji-muji keenakan biskut almond london buatan air tangan anda.
Resepi Biskut Almond London Resepi Bonda
Biskut
900gm tepung biskut / gandum
500gm mentega
260gm gula ising
4 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan cornflake hancur kasar
1 sudu besar lemak sayuran
Badam panggang
Coklat
1 cawan coklat masakan jenis meriah
1/2 sudu mentega (pilihan)
- Campurkan coklat masakan dan mentega dan panaskan melalui kaedah double boiler.
Hiasan
Badam cincang kasar
Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang dan lembut.
2. Masukkan esen vanilla, kuning telur dan pukul lagi hingga sebati. Tepikan.
3. Sediakan bekas lain. Masukkan tepung dan campurkan badam cincang dan cornflake. Gaul sebati.
4. Masukkan campuran tepung, badam cincang dan cornflake tadi ke dalam campuran no-2. Kacau rata dan
bentukkan hingga menjadi doh lembut. Pastikan langkah ini anda rujuk pada bahagian petua di bawah.
5. Ambil sebiji badam panggang dan kepal dengan adunan tepung doh. Bentukkan bujur atau bulat.
6. Masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 180°C sehingga kekuningan.
7. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat cair.
8. Masukkan ke dalam mangkuk kertas warna hitam dan taburkan badam cincang kasar sebagai hiasan.
9. Rehatkan biskut di suhu bilik hingga coklat kering dan simpan di dalam bekas kedap udara.
|
Sponsored Advertisement
Agen Affiliate Ashadee.com. Peroleh RM800 Sebulan Dari Rumah! Klik Sini
Teknik Kurus Berkesan. Teknik Kurus Diet Atkins! Klik Sini
Jana Wang Di Rumah. Khas Untuk Wanita. Klik Sini
|
Petua Biskut Almond London Resepi Bonda
Setiap makanan yang dihasilkan pastinya mempunyai petua yang tertentu dan ketahui lah tak semua pakar akan berkongsi dengan anda. Mungkin anda membeli beratus-ratus buku resepi tapi hasilnya tak sama seperti yang ditunjukkan di dalam buku tersebut. Pernah kan?
Untuk menghasilkan biskut almond london enak dan sedap, pastikan anda mengikut sukatan yang telah saya tetapkan di atas. Mungkin juga anda boleh kurangkan kepada setengah portion sekiranya anda hanya mahukan dalam 100biji. Selain itu, pastikan anda letak minyak sayuran. Fungsi minyak sayuran adalah untuk menghuraikan doh supaya tidak melekit dan membawa perasa yang tersendiri. Dalam kata makna yang lain, biskut anda akan lebih enak dan rapuh.
Untuk menambahkan lagi nikmat biskut yang anda hasilkan, pastikan badam yang hendak diletakkan di dalam adunan tepung dipanggang terlebih dahulu. Cara memanggang adalah sangat mudah. Tidak perlu sampai hangus, tapi cukup apabila badam menjadi rangup, berbau wangi dan tidak lemau. Nak tambah lagi nikmat pada biskut tersebut, masukkan sebiji badam. Jangan terlalu berkira pada bilangan badam yang digunakan seperti sesetengah orang, mereka hanya menggunakan 1/2 biji dalam sebiji biskut almond london! Jangan kedekut ok.
Dan petua yang paling penting untuk membuat biskut ini adalah, jangan gunakan mixer. Jangan gunakan mixer! Kenapa saya kata begitu? Kelajuan mixer adalah tak sama. Mixer si A mungkin lebih laju, mixer si B mungkin lebih perlahan. Hasilnya, rasa biskut akan lain-lain dan texture biskut pun akan berubah. Oleh yang demikian, saya sarankan anda gunakan tangan dari awal hingga akhir pembuatan. Apa salah setahun sekali gunakan kekuatan tangan untuk hasilkan muscle pada lengan-lengan anda. Tu pun satu proses pembakaran lemak bawah lengan.
Semoga perkongsian resepi ini akan dapat menghasilkan biskut almond london raya anda yang enak dan digemari ramai. InsyaAllah. :)
ADS HERE !!!