Semakan Calon PLKN 2015 | Nampaknya senarai calon Program Latihan Khidmat Negara Siri 12/2015 sudah dikeluarkan. Rata-rata calon yang terpilih adalah datangnya dari pelajar SPM yang lahir pada tahun 1997.
Tahniah di ucapkan kepada yang terpilih termasuk jugalah dengan adik saya. Sedih pula rasanya. Tak adil pula rasa bila ahli keluarga terkena tempias ni.
Kepada yang mencari tentang senarai calon PLKN 2015, terdapat 3 cara mudah yang boleh anda lakukan.
Semakan PLKN 2015 Khidmat Negara 2015 Secara Online
Pergi ke Portal Khidmat Negara dan klik LINK di bawah :
http://apps1.khidmatnegara.gov.my
ataupun
http://www.khidmatnegara.gov.my/en/
Kemudian, sila masukkan kad pengenalan anda dan klik butang SEMAK.
Semakan PLKN 2015 Khidmat Negara 2015 Secara SMS
PLKN SEMAK
dan hantarkan ke nombor 15888
**Setiap sms yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15.
*** Setiap sms yang diterima dikenakan RM0.20.
Semakan PLKN 2015 Khidmat Negara 2015 Secara Panggilan
No. Tel. Call Centre 03-40274747
(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Apa perasaan yang terpilih? Gembira? Sayu? Sedih nak menangis? Terima lah dengan redha walaupun jauh disudut hati ini sendiri, tak pernah pun sokong PLKN. Bila tengok kawan-kawan yang dah lama sertai, perangai langsung tak berubah pun. So, objektif PLKN ni sebenarnya masih jauh untuk dicapai.
Mungkin ini pandangan saya terhadap PLKN. Masukkan semua pelajar-pelajar yang nakal dan kurang minat dalam belajar. Bukannya target pelajar yang bagus dan baik sahsiahnya. Yang nakal dibiarkan tak berjaya menyertai. Adilkah namanya? Kerjaan perlu pantau balik sistem PLKN ini supaya generasi Y yang nakal dapat bimbingan yang sepatutnya bukan dibiarkan melepak malam-malam dengan kawan-kawan yang sama perangai waktu malam, dan subuh baru tahu nak balik.
Sama juga untuk pelajar perempuan. Sebenarnya yang ni dah lama saya rasa tak selesa. Sepatutnya perempuan tak perlu ada kewajiban untuk menyertai. Buat kerja berat, golek sana-golek sini, merangkak sama, merangkak sini! Perempuan lah! Tak sepatutnya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang lembut dan menjaga peribadi diri. Boleh fikir sendiri kan?
Ya! Mungkin kerajaan nak menyamakan kedudukan lelaki dan wanita dalam melakukan apa jua kerja berat termasuklah melompat, masuk hutan, flying fox dan sebagainya. Tetapi kalau tengok negara luar, yang berkewajiban untuk melakukan perkara ganas dan berat ini adalah lelaki. Tengok negara Korea dan Thailand. Semua remaja lelaki lepasan sekolah / universiti di wajibkan untuk mengikuti satu sesi pemilihan untuk latihan ketenteraan. Dan ianya wajib. Malaysia? Hmm... Sebab tu lah ramai remaja lepasan sekolah banyak buat perkara tidak berfaedah. Fikir-fikirkanlah. Tak semua kedudukan lelaki dan perempuan itu sama.