Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog anirahazuri.com...
Nama diberi Siti Anirah Binti Azuri. Lebih dikenali sebagai Anirah Azuri dalam dunia internet. Berasal dari kampung tapi tak berapa nak kampung,dekat je dengan pusat bandar sebenarnya. Bukan anak orang kaya, Tan Seri, Dato Seri , Datin Paduka tetapi hanya sepasang mak ayah yang mampu membesarkan saya dengan kasih sayang serta didikan yang terbaik sejak lahir hingga sekarang bersama 2 orang lagi adik. Bakal Jurutera Perisian tak lama lagi , Mahasiswi UMTerengganu. Menetap di Kemaman tapi lahir kat Pahang.
Pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Iman dan Terengganu Premier Chukai Excellent School ( TePCES ) Kemaman. Bergraduate alam persekolah pada tahun 2010. Selepas itu, saya menyambung pelajaran di Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun dalam jurusan Modul 2, Sains Fizikal ( Kimia, Matematik, Kimia dan Sains Komputer ).
Sejak bila mula berjinak dengan dunia blog? Cinta tertumpah pada dunia blog sejak 2010 tetapi berblog tanpa hala tujuan. Tahu nak express rasa serta perasaan dalam hati je. Maka terhenti seketika kerana menyambung pelajaran di Matrikulasi pada tahun 2011-2012. Suka belajar nak tingkatkan kematangan dalam berblogging tapi masih lagi tak pandai-pandai. Takpe, belajar dari bawah kata orang. Untuk pengetahuan anda, laman blog ini ditubuhkan di Subuh hari pada 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadan 1433 Hijrah dengan menggunakan platform blogspot. Masih agak baru dan masih belajar untuk menghasilkan blog yang berkualiti dari segi entri dan performance blog.
Dahulunya, blog ini masih lagi berada dalam niche yang kacau bilau. Hari ni update pasal berita, esok pasal pelajaran,lusanya pula pasal luahan hati. Mula rasa nak serius berblog sejak dapat buat duit dari blog. Maka, lahirlah sebuah blog yang betul-betul berniche kan Tips perniagaan dan pemasaran,tips dan teknik berblog serta sedikit bancuhan nilai Islam.
Kawan ada pesan, kalau kita nak sebar ilmu, biarlah yang datangkan manfaat buat semua orang. Ni semua untuk SAHAM KAT AKHIRAT, BIAR JADI JUTAWAN kat sana. Wahh, betulkan? InsyaAllah, akan ingat sampai bila-bila.
Semoga segala ilmu yang ada di dalam blog anirahazuri.com ini dapat mendatangkan faedah untuk anda semua.
Salam Internet,
Anirah Azuri
Updated :