Permohonan Bantuan Persedian Ke SBP dan IPTA/IPTS/Matrik Anak Terengganu
SYARAT-SYARAT MEMOHON
- Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).
- Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
- Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.
PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).
- Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL .
- Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan dan original.
- Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS/MATRIK).
- Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).
- Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil.
CARA MEMOHON
- Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP.
- Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan --> Anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat.
- SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU.
BORANG PERMOHONAN
Para Pelajar boleh mengisi borang permohonan Bantuan Persediaan dengan klik dibawah :MANUAL PERMOHONAN
Pelajar boleh memuatturun manual permohonan sistem Online Yayasan Terengganu sebagai rujukan mengisi borang permohonan.- Permohonan Bantuan Persediaan (IPTA)
- Permohonan Bantuan Persediaan (IPTS)
- Permohonan Bantuan Persediaan (SBP)
- Semakan Tajaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan berkaitan, sila hubungi ibu pejabat Yayasan Terengganu di talian 09-6221 733.