Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

77 Teknik Menghias Rumah Seperti Seorang Pakar Dekorasi, Cara hias rumah, cara deko rumah, cara deko rumah sempena raya, cara hias rumah sempena hari raya 
Tatkala entri ini ditulis, hanya tinggal berbaki 5hari lagi untuk umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Sudah semestinya pelbagai persiapan telah suri rumah lakukan bagi menyambut ketibaan hari bahagia ini. Mungkin ada yang tengah sibuk menyiapkan kuih raya dan tak lupa juga, mungkin ada yang tengah fikir bagaimana cara untuk deko rumah sempena hari raya kan?

Bagitu juga lah dengan saya. Masing-masing mahu rumah mereka kelihatan cantik dan kemas di hari raya, tapi tidak tahu cara untuk menyusun atur perabot dan perhiasan di dalam rumah.

Saya sarankan kepada anda gunalah perisian Autodesk Homestyler. Saya sudah mencuba dan agak kagum dengan tools dan perhiasan dalaman yang di dapati di dalam perisian tersebut. Lepas ni boleh lah nak baiki kedudukan perabot dalam rumah.

Autodesk Homestyler, Cara Guna Autodesk Homestyler

Apa itu Autodesk Homestyler?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan anda, Autodesk Homestayler adalah sebuah perisian / software secara online yang membolehkan anda melukis pelan rumah anda dan deko hiasan dalaman dengan menggunakan tools yang telah disediakan. Seperti contoh, anda boleh dilihat gambar di bawah.

Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

Sponsored Advertisement

77 Teknik Menghias Rumah Seperti Seorang Pakar Dekorasi. Klik Sini
Teknik Kurus Berkesan. Teknik Kurus Diet Atkins! Klik Sini
Jana Wang Di Rumah. Khas Untuk Wanita. Klik Sini


Jika anda boleh lihat, di sebelah kiri adalah tools yang anda boleh gunakan untuk anda drag dan drop untuk membentuk pelan rumah dan memasukkan hiasan dalaman. Di sebelah kanan pula adalah white space yang membenarkan anda untuk melihat bentuk rumah serta perhiasan yang telah anda masukkan. Anda boleh lihat pelan rumah dalam bentuk 2D atau 3D. Lihat gambar di bawah. Gambar yang berada di sebelah atas adalah dalam bentuk 3D dan di bawah pula adalah 2D. Menarik kan?

Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

Secara keseluruhan anda mampu melihat sejauh mana reka bentuk secara maya sebelum anda melakukan deko yang sebenar pada rumah anda. Walaubagaimanapun, perisian ini masih lagi mempunyai label 'beta'. Mungkin masih lagi dalam tahap pembuatan dan sekiranya Autodesk Homestyler disediakan secara percuma untuk selamanya, saya yakin Autodesk mampu memdapat kelebihan untuk pengeluaran barangan perhiasan dalaman.

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Perisian Autodesk Homestyler?

Caranya sangat mudah.
Anda hanya masuk ke laman utama dan klik pada Create New Design.
Kemudian, design pelan rumah anda dengan menggunakan tool Rooms, Walls & Areas.
Design pelan rumah dan buat pintu sekiranya perlu.
Setelah siap design pelan, masukkan perhiasan rumah dengan menggunakan tools Furnish, Decorate dan Landscape & Outdoors. Anda hanya perlu drag dan drop sahaja.

Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

Idea Deko Rumah Dengan Perisian Autodesk Homestyler

Anda boleh berkongsi reka bentuk melalui media massa seperti Facebook dan Twitter. Mana tahu kan, mungkin ini lubuk rezeki anda untuk memulakan servis mereka bentuk dalaman.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan ebook 77 Teknik Menghias Rumah Seperti Seorang Pakar Dekorasi Dengan Kos Yang Sangat Rendah. Boleh klik pada gambar ebook di bawah.

77 Teknik Menghias Rumah Seperti Seorang Pakar Dekorasi, Cara hias rumah, cara deko rumah, cara deko rumah sempena raya, cara hias rumah sempena hari raya

Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda sebagai persiapan di hari raya Aidilfitri nanti. :) Selamat mencuba.