Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :
"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ". ( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )
Pada kali ni, AA akan kongsikan kepada anda tentang e-Qurban - Program Qurban & Aqiqah di Kemboja. Dulu kita tak pernah terfikir untuk melalukan ibadah korban secara online. Tetapi dengan bantuan teknologi serta perdaran masa, kini ibadah korban boleh dilakukan secara mudah kepada umat Islam di Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada orang yang lebih memerlukan di Kemboja. Program Qurban & Aqiqah di Kemboja ini di teraju oleh syarikat eQurban Resources Sdn Bhd (Malaysia) dan diuruskan secara sendiri oleh Koperasi Muslim Niaga di Kemboja.
Hikmah Ibadat Korban
- Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibas.
- Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
- Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
- Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam.
Harga Terkini Ibadah Korban di Kemboja 2014
![]() |
Harga Terkini Ibadah Korban di Malaysia 2014 dengan eQurban (Klik) |
- 1 Bahagian Lembu - RM280. Anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda.
- 1 Ekor Lembu - RM1960. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.
- 1 Ekor Kambing - RM550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.
Apa yang menariknya melakukan ibadah korban melalui eQurban ini, anda akan mendapat sijil penyertaan serta bukti penyembelihan. Sijil akan diberikan setelah selesai melakukan ibadah korban.
Cara Membuat Tempahan Ibadah Korban di Kemboja dengan eQurban
- Pergi ke laman web eQurban
- Pilih bahagian korban yang dikehendaki dan klik Tempah Sekarang.
- Bayar bayaran melalui CIMB atau Maybank
- EQURBAN RESOURCES SDN BHD
- 562834626200
- (Maybank)
- email “equrbanteam@gmail.com”
- AL ANSAR AGRO RESOURCES
- 12370000546103
- (CIMB Bank)
- email “equrbanteam@gmail.com”
- Isikan butiran Maklumat di dalam borang yang disediakan beserta dengan bukti pembayaran.
- Pihak eQurban akan melakukan proses semakan dan melakukan proses korban untuk pihak anda di Kemboja beserta dengan Akad Penyerahan Korban.