Apa Itu Affiliate? Program Tanpa Modal


Buat Duit Mudah, Cara Buat Duit Dari Rumah, cara Buat Duit Dengan Blog, Cara Buat Duit Tanpa Modal, Cara Dapat Duit Mudah, Duit Mudah, Income Says.my,


Affiliate bermaksud orang tengah/ affiliate marketer ( kita ) promosikan sesuatu produk ( orang lain punya / affiliate manager ) dan dapat komisen melalui penjualan sekiranya ada yang membeli melalui iklan yang kita paparkan di dalam blog / link affiliate kita.


Istilah Dalam Affiliate

Affiliate marketer = pengguna / orag tengah yang mempromosikan produk
Affiliate manager = big bos produk / pemilik produk
Link affiliate = link khusus / link khas yang diberikan oleh pihak affiliate kepada pengguna/kita


Link Affiliate


Atas tu adalah contoh link affiliate. Warna MERAH yang saya highlight tu itu adalah no id untuk affiliate kita.


Banner dan Bahan Promosi

Setiap pengguna yang berdaftar dengan mana-mana syarikat yang menawarkan program affiliate, anda akan dibekalkan dengan bahan promosi. Contoh macam kat bawah

Rahsia Menulis Resume, Cara Menulis Resume

Cara Beli Produk Dari China

Teknik Affliate Sebenar, Cara Affiliate Mudah, Cara buat duit dengan affiliate, rahsia affiliate

Kalau anda ni pengguna blog, setiap banner dan bahan di atas anda boleh tempek kat sidebar/post blog. Banner di atas dalam bentuk source code HTML. Buka HTML, tempek kat dalam post.



Affiliate Berfungsi

Pada asasnya affiliate akan berfungsi sekiranya pengguna/kita mendaftar dengan program affiliate. Kalau tak daftar, tak le jadi affiliate kan?

Kita --> Daftar Affiliate --> Share Link Affiliate --> Orang Beli produk melalui link affiliate kita --> Komisen

Pembeli klik link affiliate kita. Berminat nak beli dan beli produk. Sistem akan rekod penjualan melalui link dan simpan dalam cache. Seterusnya komisen akan dibayar kepada kita.

Contoh ; Jualan produk berharga RM300. Tawaran komisen yang diberikan adalah sebanyak 50%. Ini bermakna komisen yang akan anda terima setelah penjualan dibuat adalah sebanyak RM150. RM150/produk! Banyak ke sedikit tu??
Tu baru satu produk yang dijual, kalau ;

10 produk yang terjual/ 1hari =
RM150 x 10 = RM1500 Satu Hari!
10 produk yang terjual/ 1hari dalam sebulan ( 30 hari ) =
RM150 x 10 x 30 = RM45000 Sebulan!
10 produk yang terjual/ 1hari selama 1tahun ( 12 bulan ) =
RM150 x 10 x 30 x 12 = RM540000 Setahun!


Pembayaran Komisen Affiliate

Kebanyakkan program affiliate akan menawarkan pembayaran komisen melalui beberapa kaedah. Contoh :

1. Check - check akan dihantar ke rumah melalui alamat yang didaftarkan.
2. Paypal - komisen akan ditransfer ke dalam akaun Paypal.
3. Bank in - Komisen akan ditransfer terus ke dalam akaun Bank yang didaftarkan. Bank yang biasa adalah CIMB, Maybank. Lain-lain bergantung pada program affiliate.

Ada program yang bayar 2minggu sekali, 1bulan sekali. Bergantung pada jenis affiliate. 

# Peringatan = Pada yang nak join, sila kaji sepenuhnya sistem affiliate yang betul, boleh dipercayai dan bukan SCAM!



Program Affiliate

Banyak program affiliate yang ada di Malaysia ni. Kalau dikaji betul-betul, berlambak lubuk duit yang anda akan jumpa. Saya akan listkan beberapa program affiliate yang telah disertai. Jangan lupa tau, Nuffnang ni jugak adalah salah satu sistem affiliate tanpa kita sedari. Kena faham konsep asas affiliate, baru lah faham cara untuk promosikannya.

1. Exabytes 
2. Says.my 
3. Nuffnang

dan banyak lagi. Anda boleh search google " Program Affiliate Malaysia ".


Teknik Affiliate

Sebenarnya banyak teknik yang anda boleh apply semasa membuat affiliate. Salah satu teknik yang boleh anda gunakan adalah melalui Kitab SEO Merah Jambu oleh En.Titan, Mesin Komisen, dan Video Intensif Affiliate oleh Rahman Basri.